Bersiap Sedia Menyambut Ramadan Dan Syawal Menerusi Kempen Shopee Bazar Hebat Ramadan
Lina Rosli
Menjelang ketibaan bulan Ramadan, persiapan awal sering menjadi kunci bagi memastikan rutin harian berjalan lebih teratur dan tenang.
Memahami keperluan ini, Shopee memperkenalkan Bazar Hebat Ramadan yang berlangsung dari 20 Januari hingga 25 Februari, sebagai solusi sehenti untuk keperluan Ramadan rakyat Malaysia yang menampilkan barisan produk daripada pakaian ibadah dan fesyen sopan, hinggalah ke sajian sahur dan iftar.
Menampilkan Duta Jenama Shopee, Hael Husaini dan Mimi Fly, kempen ini membawa pengalaman bazar Ramadan ke ruang digital, memudahkan pengguna merancang keperluan harian dengan lebih praktikal agar lebih masa dapat ditumpukan kepada ibadah dan keluarga.

Bermula 30 Januari, pembeli boleh mengikuti #GRWS Fesyen Baharu Setiap Minggu menerusi Shopee Live setiap hari Jumaat dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang.
Penstriman langsung ini mengetengahkan pilihan pakaian untuk ibadan dan fesyen sopan harian, termasuk koleksi Raya terkini melalui kolaborasi eksklusif bersama jenama seperti Zoe Arissa, Naelofar dan PrimaValet.


Bukan itu sahaja, baucar diskaun 50 peratus eksklusif turut ditawarkan sepanjang siaran langsung dan boleh digabungkan dengan promosi lain.
Koleksi Ramadan eksklusif daripada jenama seperti Siti Khadijah dan Melia Design turut diperkenalkan, direka dengan fokus kepada keselesaan sepanjang hari — sesuai dipakai dari waktu solat hingga ke aktiviti santai bersama keluarga. Inspirasi gaya praktikal pilihan Hael Husaini dan Mimi Fly juga boleh diterokai melalui katalog fesyen Shopee yang dikurasi khas sempena Ramadan.
Dalam memastikan urusan sahur dan berbuka lebih mudah, ShopeeFood menawarkan diskaun sehingga 50 peratus daripada rakan niaga terpilih termasuk Ayam Gepuk Top Global, Tealive dan Mixue.


Bagi mereka yang gemar merancang lebih awal, e-baucar Beli 1 Percuma 1 daripada CHAGEE, Pop Meals dan Salad Atelier memberi lebih fleksibiliti dalam menyusun jadual makan sepanjang bulan puasa. Tawaran diskaun bagi barangan dapur daripada jenama seperti Kimball dan Adabi turut membantu pengguna menambah stok dengan lebih menjimatkan.
Menjelang persiapan Hari Raya, promosi RM10 Knockout membolehkan pengguna menaik taraf keperluan rumah dan peralatan teknologi daripada jenama seperti Russell Taylors, Dreame dan Dessini tanpa membebankan bajet.

Selain itu, Shopee turut menawarkan Baucar Penghantaran Percuma Tanpa Minimum Perbelanjaan yang mana memudahkan pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih rendah.
Dengan gabungan fesyen, makanan dan keperluan harian dalam satu platform, Bazar Hebat Ramadan Shopee menawarkan pendekatan yang lebih terancang dan mudah untuk menyambut Ramadan dan Syawal.