5 Produk Kecantikan Bobbi Brown Wajib Anda Dapatkan Sewaktu Lazada Super Brand Day

February 4, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

Menjelang musim perayaan sama ada Tahun Baharu Cina atau samburan Hari Raya Puasa yang bakal tiba tidak lama lagi, pastinya ramai dalam kalangan wanita yang ingin tampil lebih yakin dan berseri.

Jika anda lihat di laman media sosial pada masa kini, pilihan solekan yang segar, kemasan lembut dan penampilan semula jadi kekal menjadi pilihan utama kerana ia menyerlahkan kecantikan tanpa kelihatan berlebihan.

Seiring dengan trendyour skin but better” yang semakin digemari, Bobbi Brown tampil sebagai jenama kecantikan yang sinonim dengan solekan ringkas tetapi kemas. Dikenali dengan pendekatan yang menekankan kecantikan semula jadi kulit, Bobbi Brown menawarkan rangkaian produk yang mudah digunakan, praktikal dan sesuai untuk penampilan siang hingga malam.

Bersempena Lazada Super Brand Day bersama Bobbi Brown yang berlangsung pada 5 Februari 2026, pembeli berpeluang menikmati diskaun eksklusif sehingga 30 peratus serta tawaran terhad untuk satu hari sahaja. Ia merupakan masa terbaik untuk menambah koleksi produk kegemaran atau mencuba produk ikonik Bobbi Brown sebagai persediaan menjelang Hari Valentine.

Berikut ialah lima produk kecantikan Bobbi Brown yang wajar dimiliki untuk penampilan sambutan perayaan yang segar dan berseri:

Setiap solekan yang cantik bermula dengan kulit yang sihat dan terhidrat. Bobbi Brown Vitamin Enriched Smoothing Serum membantu menyediakan kulit agar kelihatan lebih licin, segar dan bersedia untuk solekan.

Teksturnya yang ringan dan cepat meresap memberikan kelembapan segera serta membantu memperhaluskan tekstur kulit, menjadikan solekan tampak lebih rata dan tahan lama. Ia amat sesuai untuk mereka yang berdepan masalah kulit kering atau solekan yang mudah berkumpul di garis halus wajah.

Untuk asas solekan, Bobbi Brown Weightless Skin Foundation SPF 15 PA++ menawarkan kemasan yang kelihatan seperti kulit sebenar, tetapi lebih sekata dan kemas.

Formulanya yang ringan memberikan litupan boleh bina tanpa rasa berat, sambil menutup kemerahan dan tona tidak sekata. Ia juga sesuai dipakai sepanjang hari kerana kekal selesa dan segar, selain dilengkapi perlindungan matahari SPF 15 PA++ untuk kegunaan harian.

Bagi memastikan solekan tahan lama, Bobbi Brown Sheer Finish Pressed Powder membantu mengawal kilauan tanpa menjejaskan seri semula jadi kulit. Teksturnya yang halus menjadikan ia mudah disapu dan sesuai untuk sentuhan semula sepanjang hari atau malam, tanpa meninggalkan kesan bercapuk.

Ia membantu mengekalkan kemasan yang kemas dan profesional, terutama ketika menghadiri acara atau sesi bergambar.

Untuk sentuhan akhir yang menyerlahkan seri wajah, Bobbi Brown Highlighting Powder memberikan kilauan lembut yang kelihatan semula jadi. Ia membantu mencerminkan cahaya dengan cantik, menjadikan kulit tampak lebih bercahaya tanpa kesan berlebihan. Disapu pada tulang pipi, batang hidung atau sudut dalam mata, ia melengkapkan penampilan Hari Raya Puasa dengan aura segar dan berseri.

Bagi bahagian bibir, Bobbi Brown Extra Lip Tinted Balm menawarkan kombinasi penjagaan dan warna yang ringan. Ia memberikan rona lembut sambil melembapkan bibir, sesuai untuk mereka yang inginkan penampilan ringkas tetapi versatile.

Teksturnya yang selesa dan mudah disapu semula menjadikannya pilihan ideal untuk makan malam atau aktiviti sepanjang malam tanpa perlu risau tentang kemasan bibir.

Secara keseluruhan, rutin kecantikan terbaik untuk Hari Raya Puasa ini ialah yang ringkas, praktikal dan mudah dilaksanakan. Dengan lima produk Bobbi Brown ini, penampilan boleh kekal segar, berseri dan kemas dari siang hingga malam tanpa perlu sentuhan berlebihan.

Bagi yang ingin memanjakan diri atau mencari hadiah istimewa untuk diri atau kenalan, kunjungi Bobbi Brown Official Flagship Store di LazMall pada Khamis, 5 Februari 2026, dari jam 12.00 tengah malam hingga 11.59 malam. Nikmati diskaun sehingga 30 peratus sempena Lazada x Bobbi Brown Super Brand Day, yang berlangsung untuk satu hari sahaja.

Sebagai tip tambahan, pastikan anda menyemak lencana LazMall dan label 100% Authentic, mengesahkan kedai rasmi Bobbi Brown serta menyemak polisi pemulangan dan ulasan pembeli sebelum membuat pembelian.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd