ICE-WATCH Malaysia Memperkenalkan Koleksi Baharu – ICE Smart TKS 2.0, Chouchou Dan ICE Mimi

February 6, 2026
Fesyen

Lina Rosli

ICE-WATCH Malaysia secara rasmi melancarkan koleksi jam tangan terbaharunya menerusi satu acara eksklusif yang berlangsung di Vernakular Store – iaitu ICE Smart TKS 2.0, Chouchou dan ICE Mimi.

Untuk pengetahuan anda, pelancaran koleksi baharu ini menyerlahkan evolusi ICE-WATCH dalam menampilkan jam tangan yang bukan sahaja berfungsi, malah menjadi medium ekspresi diri.

Selari dengan identiti jenama, setiap rekaan dihasilkan bagi memenuhi keperluan pengguna merentas generasi dengan penekanan terhadap aksesibiliti dan estetika.

Menjadi tumpuan utama ialah ICE Smart TKS 2.0, sebuah jam pintar yang menggabungkan teknologi moden dengan sentuhan seni pembuatan jam.

ICE Smart TKS 2.0 ini direka untuk kegunaan harian yang versatil, jam pintar ini membolehkan pengguna membuat dan menerima panggilan, menyemak mesej, memantau aktiviti harian serta menjejak kadar denyutan jantung. Bukan itu sahaja, jam ini turut dilengkapi skrin sentuh responsif dan dail boleh suai.

Turut diperkenalkan ialah Chouchou, jam cincin kontemporari yang mentafsir semula konsep jam tangan sebagai aksesori fesyen.

Dengan rekaan badan jam yang halus, dail yang minimal serta tali keluli tahan karat boleh regang, Chouchou menonjolkan gaya moden yang berani dan elegan, sesuai digayakan secara bersendirian atau digabungkan bersama aksesori lain.

Melengkapkan koleksi ini ialah ICE Mimi, jam tangan minimalis yang nipis dan ringan. Dengan rekaan yang ringkas namun bergaya, ICE Mimi menawarkan sentuhan moden yang bersahaja, sesuai untuk individu yang menghargai kesederhanaan dalam gaya harian mereka.

Bagi yang berminat, kesemua jam tangan ini telahpun ditawarkan di rangkaian terpilih di seluruh Malaysia. Ketiga-tiga jam tangan ini ditawarkan pada harga:

  • ICE Smart TKS 2.0 – bermula RM829
  • Chouchou – RM259
  • ICE Mimi – RM289

Bagi yang tidak mengetahui, di Malaysia, ICE-WATCH diedarkan secara eksklusif oleh Time Zone Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan Habib.

Dengan 11 cawangan di seluruh negara serta kehadiran digital yang kukuh, Time Zone terus memainkan peranan penting dalam menjadikan jam tangan kontemporari dan mewah lebih mudah diakses oleh pengguna tempatan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd