Furniture And Choice Malaysia Buka Galeri Pameran Fizikal Pertama Di Kuala Lumpur

February 6, 2026
Dekorasi

Lina Rosli

Furniture And Choice Malaysia, jenama perabot rumah moden yang dikenali dengan reka bentuk kekal relevan serta keselesaan untuk kegunaan harian, secara rasmi memperkenalkan galeri pameran fizikal pertamanya di Kuala Lumpur.

Pembukaan ini menandakan peralihan penting jenama tersebut daripada pengalaman berteraskan digital kepada sebuah destinasi fizikal yang membolehkan pelanggan merasai sendiri kualiti dan keselesaan perabot dalam skala sebenar kehidupan seharian.

Direka untuk melengkapkan keseluruhan perjalanan pelanggan, galeri pameran ini membolehkan pengunjung melihat, menyentuh dan merasai sendiri mutu reka bentuk serta kehalusan pertukangan setiap perabot.

Menurut Furniture And Choice Malaysia, galeri pameran baharu ini direka sebagai ruang yang meniru suasana kediaman sebenar, membolehkan pengunjung menguji tahap keselesaan perabot, meneroka pilihan material serta kemasan, dan menghargai kehalusan pertukangan dari jarak dekat.

Ia menjadi titik pertemuan antara estetika dan fungsi, menggalakkan pelanggan membayangkan bagaimana setiap rekaan mampu melengkapkan dan mengubah ruang kediaman mereka.

Elise Sofa Jadi Tumpuan Utama Pelancaran

Menjadi sorotan utama pembukaan galeri pameran ini ialah Elise Sofa. Dengan rekaan rendah dan rasa keselesaan seakan dipeluk, Elise Sofa menampilkan kepada pengguna akan sofa yang sesuai untuk berehat dan menikmati detik-detik ketenangan dalam kehidupan seharian.

Ditawarkan dalam pilihan kerusi berlengan, dua tempat duduk, tiga tempat duduk serta konfigurasi berbentuk L, Elise Sofa direka untuk disesuaikan dengan pelbagai ruang kediaman sambil mengekalkan keseimbangan antara keselesaan dan gaya kontemporari.

Bagi anda yang berminat untuk untuk berkunjung ke galeri pameran Furniture And Choice Malaysia, anda boleh berkunjung ke lokasi Unit 3-6, Oval Damansara, 685, Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd