Skechers Kembali Dengan Koleksi Terbaharu Skechers x Demon Slayer
Lina Rosli
Skechers tahun ini kembali mencuri perhatian dengan pelancaran koleksi terbaharu Skechers x Demon Slayer. Kolaborasi ini menyaksikan Skechers sekali lagi berganding bahu dengan Demon Slayer Corps, membawakan rangkaian streetwear baharu yang diinspirasikan daripada anime ikonik Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba.
Susulan kejayaan besar pelancaran pertama pada tahun 2022, kolaborasi ini kembali dengan koleksi yang diperluaskan untuk lelaki dan wanita.

Setiap rekaan dihasilkan berasaskan ciri unik dan personaliti watak kegemaran peminat seperti Tanjiro Kamado, Nezuko Kamado, Zenitsu Agatsuma, Inosuke Hashibira, Mist Hashira Muichiro Tokito, Love Hashira Mitsuri Kanroji, Water Hashira Giyu Tomioka serta Insect Hashira Shinobu Kocho, selain elemen ikonik lain daripada siri anime tersebut.
Koleksi ini merangkumi pelbagai kategori produk yang menggabungkan elemen fesyen harian dengan sentuhan visual Demon Slayer.
Antara sorotan utama ialah kasut Skechers Monster Evo untuk lelaki dan wanita, Foamies Surge Sandals untuk lelaki serta Skechers Foamies Tai untuk wanita.

Turut melengkapkan koleksi ialah pakaian seperti baju rajut uniseks dan kemeja-T berlengan pendek, selain aksesori termasuk topi baseball uniseks, tote bag, sling bag dan stokin kru.
Sebagai nilai tambah kepada peminat, Skechers turut menawarkan Kad Demon Slayer eksklusif. Kad ini boleh diperoleh dengan pembelian sama ada satu pasang kasut Demon Slayer, atau dua item daripada kategori pakaian, aksesori atau Foamies dalam koleksi ini.

Ditawarkan pada harga bermula RM69, koleksi Skechers x Demon Slayer kini boleh didapati di seluruh negara di butik Skechers terpilih termasuk Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Kuala Lumpur, Suria KLCC, The Exchange TRX dan 1 Utama Shopping Centre, selain cawangan lain.
Koleksi ini juga boleh dibeli secara atas talian menerusi laman web rasmi skechers.com.my.