apricot by Peaches and Cream Hadir Dengan Menu Baharu Meraikan Bulan Ramadan
Lina Rosli
apricot by Peaches and Cream memperkenalkan menu baharu yang diperbaharui, menampilkan sajian Eropah moden yang direka untuk dinikmati secara berkongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Menggabungkan hidangan à la carte signature serta menu set bermusim, konsep ini menekankan nilai kebersamaan dalam suasana kafe yang mesra dan selesa.
Berbeza daripada konsep bufet tradisional, menu bermusim apricot disusun secara kurasi bagi menggalakkan pengalaman menjamu selera secara berkongsi – lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan ini.

Menurut Pengasas apricot by Peaches and Cream, Chef Victor Yap, menu ini direka untuk meraikan tradisi menjamu selera bersama melalui hidangan istimewa yang mudah dinikmati dalam pelbagai suasana, sama ada untuk dua orang mahupun jamuan keluarga.

Antara hidangan à la carte signature yang diketengahkan termasuklah Black Truffle Gnocchi, Mediterranean Seafood Linguine, serta Roast Chicken Potentina Spaghetti.
Pilihan piza inovatif turut diperkenalkan seperti Oxtail Truffle Pizza yang dipadankan dengan kuah pencicah oxtail, serta Chicken Popcorn Pizza yang rangup dan digemari ramai.

Untuk hidangan utama, Confit Duck Leg à l’Orange menawarkan tekstur lembut dengan keseimbangan rasa sitrus yang segar. Pencuci mulut pula menampilkan Cherry Pistachio Trifle, Panna Cotta dengan Vanilla Pineapples, serta PBJ Chocolate Cake yang diinspirasikan daripada rasa klasik dan nostalgia.

Sebagai pelengkap pengalaman menjamu selera, apricot turut memperkenalkan rangkaian menu set makan malam Evening Table yang disesuaikan untuk pelbagai keperluan. Evening Table – Dine for One menawarkan satu pilihan pasta dan satu pencuci mulut untuk pengunjung solo yang menginginkan pengalaman santai.
Evening Table – Sunset for Two pula menyajikan gabungan dua hidangan pasta atau utama bersama pencuci mulut untuk dikongsi, sesuai untuk pasangan atau rakan.

Bagi kumpulan lebih besar, Evening Table – Gather the Family menawarkan pilihan lengkap termasuk piza, pasta, chicken schnitzel, pencuci mulut dan minuman, menjadikan ia ideal untuk jamuan keluarga.
Setiap menu set turut dihidangkan dengan kurma percuma dan minuman menyegarkan sebagai simbol penghormatan terhadap tradisi dan nilai kebersamaan.
Bukan itu sahaja, apricot mengekalkan hidangan popular daripada menu asal seperti pasta signature, sarapan kontinental serta pengalaman Dessert Tree yang ikonik, kini diperkaya dengan tambahan pilihan baharu bagi memberikan pengalaman menjamu selera yang lebih menyeluruh dan menarik.

Menu bermusim ini boleh dinikmati dari 19 Februari hingga 19 Mac 2026 dan tersedia setiap malam di apricot by Peaches and Cream, MyTOWN Shopping Centre, Cheras.
Bagi anda yang ingin mencuba hidangan berbuka puasa di apricot by Peaches and Cream ini, anda boleh terus berkunjung ke restoran atau melakukan tempahan awal –terutamanya bagi anda yang ingin datang dalam kumpulan besar.