Lapisan Pâtisserie Memperkenalkan Pencuci Mulut Baharu Sempena Ramadan Dan Raya
Lina Rosli
Bersempena musim perayaan ini, Lapisan Pâtisserie dilihat hadir dengan pelancaran dua menu baharu berasaskan brownie.
Menurut jenama pencuci mulut ini, hidangan baharu ini hadir bagi melengkapkan sambutan Ramadan dan Hari Raya – yang mana menu ini dilihat sesuai dijadikan buah tangan atau dinikmati selepas menikmati juadah utama.
Menurut Darren Sim, Pengurus Pembangunan Perniagaan Lapisan Pâtisserie, jenama ini sentiasa meneroka idea baharu dalam dunia pencuci mulut bagi menawarkan pengalaman rasa yang unik kepada pelanggan.

Oleh itu, menu baharu ini menampilkan kombinasi perisa dan tekstur yang pelbagai, sekaligus mencerminkan kreativiti Lapisan Pâtisserie dalam mentafsirkan pencuci mulut klasik seperti brownie.
Antara menu yang diperkenalkan ialah Choco Strawberry Crownie yang dijual pada harga RM11.20. Ia merupakan pastri berbentuk bunga ini menggabungkan lapisan kulit pastri yang rangup dengan inti brownie yang fudgy, disaluti sapuan coklat hazelnut yang kaya serta jem strawberi buatan sendiri.
Setiap gigitan menawarkan keseimbangan rasa manis, coklat dan buah yang segar, menjadikannya pilihan menarik untuk pencinta dessert yang gemar mencuba perisa baharu.

Manakala untuk peminat pistachio pula, anda boleh mencuba Pistachio Crunch Chocolate Brownies pada harga RM16. Hidangan ini menampilkan asas brownie coklat yang fudgy, dilapisi krim pistachio, kunafa yang rangup, serta ditambah ganache coklat dan taburan pistachio cincang.
Gabungan tekstur rangup dan lembut ini memberikan pengalaman rasa yang kaya dengan nota kacang pistachio yang aromatik.

Untuk mendapatkannya, kedua-dua menu baharu ini boleh didapati di semua cawangan Lapisan Pâtisserie termasuk di Hextar World (Petaling Jaya), Mid Valley Megamall, Melawati Mall (Kuala Lumpur) dan Mid Valley Southkey (Johor Bahru).
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan produk terkini, anda boleh melayari laman Facebook dan Instagram rasmi Lapisan Pâtisserie.