Teknologi Stim Dan Gorengan Kering Dalam Satu Peranti, Philips Airfryer 5000 Series Kini Di Malaysia

February 10, 2026
Gaya Hidup

Lina Rosli

Philips Domestic Appliances memperkukuh inovasi dapur pintar dengan memperkenalkan Philips Airfryer 5000 Series di Malaysia – sebuah peranti serba boleh yang direka untuk memudahkan rutin memasak di rumah sambil mengekalkan kualiti hidangan.

Produk terbaharu ini menggabungkan tiga fungsi utama dalam satu peranti iaitu Steam, Airfry dan SteamFry yang mana ianya menawarkan kaedah memasak yang lebih fleksibel, sihat dan praktikal untuk pengguna moden.

Apa yang menarik, Philips tampil dengan penawaran baharu iaitu penggoreng kering ini dikuasakan oleh teknologi RapidAir. Menerusi teknologi ini, ia secara tidak langsung dapat memastikan haba diedarkan secara sekata bagi menghasilkan tekstur rangup di luar dan lembut serta berjus di dalam.

Bukan itu sahaja, menurut Philips juga teknologi RapidAir turut membantu mempercepatkan proses memasak tanpa menghasilkan bahagian yang hangus, manakala fungsi stim membantu mengekalkan kelembapan serta nutrien dalam makanan. Fungsi SteamFry pula menggabungkan stim dan airfry bagi menghasilkan tekstur dan rasa yang lebih seimbang.

Dari segi spesifikasi, Philips Airfryer 5000 Series hadir dengan kapasiti 7.2 liter, sesuai untuk keluarga dan penyediaan hidangan berskala besar.

Selain itu, peranti ini turut dilengkapi fungsi Steam Wash yang memudahkan pembersihan dengan menggunakan stim untuk mengurangkan kesan gris selepas memasak.

Direka khas untuk keluarga moden Malaysia, terutamanya ibu bapa bekerja, Philips Airfryer 5000 Series menawarkan penyelesaian memasak yang lebih pantas, mudah dan praktikal. Dengan keupayaan pelbagai fungsi dalam satu peranti, pengguna dapat mengurangkan keperluan peralatan dapur tambahan sambil menyediakan hidangan berkualiti untuk seisi keluarga.

Bagi yang berminat, Philips Airfryer 5000 Series ini ditawarkan pada harga bermula RM799.00 sebuah.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd