Pott Glasses Menawarkan Servis Analisis Warna Bertauliah Untuk Pemilihan Cermin Mata Yang Sesuai

February 11, 2026
Gaya Hidup

Lina Rosli

Pott Glasses mencipta sejarah sebagai jenama optometri pertama di Malaysia yang memperkenalkan analisis warna peribadi bertauliah untuk pengguna – menerusi kerjasama strategik dengan Color Convergence Lab (CCL) dari Korea Selatan.

Melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) ini, Pott Glasses berhasrat mentakrif semula pengalaman pemilihan cermin mata dengan pendekatan penggayaan yang lebih saintifik dan diperibadikan.

Dengan pengaruh K-pop, K-drama dan trend fesyen Korea yang semakin meluas, rakyat Malaysia kini lebih terbuka kepada gaya Korea atau “K-style”.

Malah, eksport barangan pengguna Korea ke Malaysia meningkat sebanyak 14.1 peratus pada 2025, mencecah USD810 juta, dengan jangkaan pertumbuhan tahunan sehingga 20 peratus.

Fenomena ini mencerminkan bagaimana Hallyu Wave terus membentuk cita rasa fesyen dan gaya hidup di rantau Asia.

Melalui kerjasama ini, Pott Glasses memperkenalkan konsep 5D optical styling, yang menggabungkan preskripsi penglihatan, bentuk wajah, gaya hidup, keutamaan estetik dan kini analisis warna peribadi.

Menurut Pengasas Bersama Pott Glasses, Tai Hau Aw, perkhidmatan ini membantu pelanggan mengenal pasti palet warna yang paling sesuai dengan tona kulit mereka, sekaligus menjadikan pemilihan cermin mata lebih tersusun, bergaya dan disesuaikan sepenuhnya dengan individu.

Color Convergence Lab yang berpangkalan di Seoul merupakan perintis dalam penyelidikan konvergensi imej warna, dengan pembangunan sistem warna H.V.C sendiri melalui institusi penyelidikannya.

Model saintifik ini menganalisis hue, value dan chroma bagi menentukan palet warna yang paling harmoni untuk setiap individu, serta menawarkan pensijilan profesional dalam diagnosis warna peribadi dan analisis fesyen.

Bukan itu sahaja, Pott Glasses juga akan mengembangkan perkhidmatan ke segmen presbiopia melalui pelancaran Multifocal Specialist by Pott Glasses, bagi memenuhi keperluan penjagaan mata peribadi bagi individu berusia 40 tahun ke atas.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd