IKEA Hadir Dengan Menu Ala Carte Istimewa Ramadan – Tidak Lagi Menawarkan Bufet Ramadan
Lina Rosli
Setiap kali menjelang Ramadan, restoran dan kafe di seluruh negara mula memperkenalkan tawaran khas berbuka puasa untuk menarik pelanggan.
Tidak terkecuali IKEA Malaysia yang sebelum ini terkenal dengan konsep bufet Ramadan mereka. Namun, bagi tahun 2026, pendekatan yang dipilih adalah sedikit berbeza.
IKEA Malaysia dilihat tidak lagi menawarkan bufet Ramadan seperti tahun-tahun sebelumnya. Sebaliknya, mereka hadir dengan menu ala carte istimewa Ramadan.

Menu utama yang ditawarkan mengetengahkan hidangan berinspirasikan cita rasa Timur Tengah dan tempatan. Antaranya Baked Chicken Mandi dengan nasi biryani pada harga RM16.90 yang tersedia dari 19 Februari hingga 31 Mac 2026, Lamb Kabsa dengan nasi biryani pada harga RM24.90 serta Lamb Shank Kabsa dengan nasi biryani pada harga RM44.90 yang ditawarkan dari 19 Februari hingga 20 Mac 2026.

Selain hidangan utama, IKEA turut menawarkan pelbagai snek dan pencuci mulut dengan harga lebih jimat untuk ahli IKEA Family.
Antara menu yang disediakan termasuk Chicken Murtabak & Kari, Popia Sira serta Onde-onde Cake dengan perbezaan harga khas untuk ahli berdaftar. Program keahlian IKEA Family boleh didaftar secara percuma dan memberikan pelbagai manfaat termasuk diskaun makanan dan promosi eksklusif.

Bagi menambah pengalaman berbuka puasa, IKEA juga menyediakan Live Station bermula 23 Februari hingga 20 Mac 2026 yang menampilkan menu popular Ramadan seperti bubur lambuk, cendol, air mata kucing dan sirap bandung cincau. Dan lebih menarik, semua hidangan di stesen ini ditawarkan pada harga RM3.50.
Menariknya, IKEA turut menawarkan pilihan kuih raya di Swedish Food Market bermula 19 Februari 2026. Antara produk yang dijual termasuklah:
- Pineapple Tart 320g pada harga RM22.90
- Sea Salt Chocolate Chip Cookies 230g pada harga RM21.90
- Almond London Biscuits 200g pada harga RM21.90
- Coffee Almond Cookies 200g pada harga RM21.90


Menarik bukan? Jadi, bagi anda yang berminat, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke IKEA untuk menikmati sendiri juadah berbuka puasa mereka mulai hari ini.