Shopee Bazar Hebat Ramadan Tawar Diskaun Sahur Dan Selepas Iftar Sepanjang Bulan Puasa
Lina Rosli
Sudah memasuki minggu kedua Ramadan, ramai umat Islam mula menyesuaikan rutin harian termasuk waktu tidur, jadual kerja dan perancangan pemakanan.
Sahur seawal pagi serta waktu iftar yang padat sering mengehadkan masa untuk memasak, terutamanya bagi keluarga bekerja dan individu yang perlu mengimbangi pelbagai komitmen harian. Justeru, perancangan awal menjadi faktor penting untuk memastikan keperluan makanan dan barangan dapur dapat diurus dengan lebih teratur sepanjang bulan puasa.
Bagi menyokong keperluan ini, Shopee memperkenalkan Shopee Bazar Hebat Ramadan dengan tawaran istimewa 6AM Sahur Specials dan 9PM After Iftar Specials setiap hari.
Inisiatif ini bertujuan membantu pengguna merancang pembelian barangan runcit serta menikmati kemudahan pesanan makanan siap melalui ShopeeFood, sekaligus memberikan lebih fleksibiliti dalam mengurus masa dan pemakanan sepanjang Ramadan.

Untuk persediaan sahur, 6AM Sahur Specials menawarkan diskaun 15 peratus bagi barangan runcit dan keperluan dapur dalam tempoh dua jam pada setiap pagi melalui kempen Ramadan Mesti Beli. Pengguna juga berpeluang memperoleh sehingga 100 Shopee Coins melalui sesi Shopee Shake, di samping menikmati tawaran daripada jenama isi rumah seperti Mi Sedaap, Mahnaz Food dan OATSIDE.
Baucar Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum turut ditawarkan sepanjang bulan Ramadan bagi membantu pengguna menjimatkan kos penghantaran.
Sementara itu, bagi mereka yang lebih gemar memesan makanan siap, 9PM After Iftar Specials menawarkan diskaun 50 peratus melalui kempen Jom Rebut ShopeeFood untuk hidangan iftar dan moreh daripada peniaga terpilih seperti Ayam Gepuk Top Global, Tealive, Gigi Coffee dan Mixue.

Bukan itu sahaja, Shopee turut hadir dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 daripada jenama seperti CHAGEE, ZUS Coffee dan Salad Atelier turut tersedia, manakala e-baucar boleh dibeli lebih awal dan ditebus kemudian bagi mengelakkan kesesakan waktu puncak.
Pada waktu malam, pengguna juga boleh mendapatkan baucar platform eksklusif diskaun 15 peratus serta peluang memperoleh sehingga 100 Shopee Coins tambahan, dengan ahli Shopee VIP menikmati diskaun sehingga 18 peratus untuk perancangan pembelian yang lebih teratur.
Selain tawaran mengikut waktu, Shopee turut menyediakan pelbagai promosi sepanjang hari bagi membantu isi rumah mengawal perbelanjaan makanan. ShopeeFood Bajet Meals menawarkan pilihan hidangan pada harga RM15 dan ke bawah, termasuk menu tempatan seperti D’laksa, Mat Rock Ayam Goreng Kunyit dan Pasta Panas.

Pengguna juga boleh menyertai sesi Shopee Live harian dari jam 12 tengah hari hingga 1 petang untuk mendapatkan e-baucar ShopeeFood serendah RM1 daripada jenama terpilih seperti Coolblog dan Mixue. Sebagai ganjaran tambahan, pembelian minimum RM12 di ShopeeFood dari Mac hingga April 2026 turut melayakkan pengguna menyertai cabutan hadiah eksklusif termasuk jongkong emas 10 gram bernilai RM7,450.
Bagi yang berminat, anda boleh mula merancang keperluan Ramadan anda lebih awal melalui Shopee di https://shopee.com.my/m/ramadan-sale