Bufet Aiskrim “All-You-Can-Eat” Baskin-Robbins – Hanya RM31 Seorang
Lina Rosli
Bagi pencinta pencuci mulut, khususnya peminat aiskrim, pengalaman menikmati pelbagai perisa dalam satu sesi kini menjadi realiti. Baskin-Robbins Malaysia baru-baru ini mengumumkan promosi khas 31 Flavors Buffet, sebuah acara bufet aiskrim “All-You-Can-Eat” yang bakal berlangsung di seluruh negara selama lima hari bermula 23 hingga 27 Februari 2026.
Promosi ini memberikan peluang kepada pelanggan untuk mencuba pelbagai perisa aiskrim, daripada perisa klasik yang ikonik seperti Jamoca Almond Fudge dan Mint Chocolate Chip, sehinggalah variasi rasa yang lebih unik dan bermusim.
Bagi yang berminat, acara bufet aiskrim boleh dinikmati bermula jam 7.00 malam hingga 10.00 malam, dengan pembelian terakhir pada jam 9.00 malam.

Dari segi harga, pelanggan dewasa dikenakan RM31 seorang, manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dikenakan RM15 seorang. Setiap pelanggan akan menerima gelang tangan sebagai bukti pembelian dan akses ke bufet aiskrim tersebut.
Bagi memastikan pengalaman yang teratur dan adil kepada semua pelanggan, beberapa syarat telah ditetapkan.
- Setiap gelang tangan hanya sah untuk seorang individu dan tidak boleh dipindah milik. Perkongsian aiskrim antara pelanggan juga tidak dibenarkan bagi memastikan setiap peserta mendapat pengalaman yang sama.
- Setiap penebusan dihadkan kepada satu “Kids Scoop” bagi setiap giliran. Dan maksima scoop adalah 31 scoops setiap seorang.

Harus diingatkan, promosi ini juga hanya sah untuk makan di dalam premis, dan tidak termasuk perkhidmatan bungkus dan bawa balik
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi cawangan Baskin-Robbins terdekat atau mengikuti saluran media sosial rasmi jenama tersebut.