Lip Pure Tinted – Pelembap Bibir Dengan Sentuhan Warna Semula Jadi
Lina Rosli
Dalam dunia kecantikan hari ini, semakin ramai pengguna memberi perhatian terhadap kandungan dan keselamatan produk yang digunakan setiap hari.
Bibir, sebagai antara bahagian kulit paling sensitif yang mana ia memerlukan penjagaan rapi bagi mengelakkan masalah seperti kekeringan, rekahan dan rasa tegang.
Namun begitu, tidak semua produk bibir berwarna sesuai untuk setiap individu. Ada yang terasa berat, mengeringkan atau kurang selesa, terutama bagi mereka yang memiliki bibir sensitif.
Menyedari keperluan ini, Mentholatum Lipcare memperkenalkan pelembap bibir Lip Pure Tinted baharu yang menggabungkan penjagaan intensif dengan sentuhan warna lembut dan semula jadi.

Produk ini hadir susulan kejayaan rangkaian asal Lip Pure tanpa warna, yang terkenal dengan formulasi menggunakan 100% bahan gred makanan berkualiti premium.
Melalui varian terbaharu ini, pengguna kini boleh menikmati manfaat penjagaan yang sama dipercayai, dengan tambahan rona warna yang menyerlahkan penampilan bibir secara semula jadi.
Untuk pengetahuan anda, Lip Pure Tinted ini dirumus khas untuk pemakaian harian yang mana ia memberikan kelembapan ringan tanpa rasa melekit atau berat seperti gincu tradisional. Teksturnya yang licin memastikan sapuan yang selesa – dan ini menjadikannya sesuai digunakan sama ada untuk ke pejabat, ke kuliah mahupun aktiviti santai.
Bagi yang berminat, produk ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Merah (Cherry Red) dan Merah Jambu (Strawberry Pink). Kedua-duanya memberikan kemasan lut sinar yang boleh dilapisi mengikut citarasa, membolehkan pengguna mengawal intensiti warna tanpa menjejaskan keselesaan.

Dari segi formulasi, Lip Pure Tinted menggunakan bahan premium gred makanan yang selamat dan lembut pada bibir. Ia diperkaya dengan 4X esen madu iaitu Royal Jelly, madu Manuka, lilin lebah semula jadi dan ekstrak propolis. Gabungan ini membantu melembapkan, menenangkan serta melindungi bibir agar kekal lembut dan berseri.
Selain itu, kandungannya turut merangkumi minyak botani seperti minyak badam manis, minyak kernel oat, minyak biji meadowfoam dan minyak biji anggur bersama vitamin E. Kombinasi ini berfungsi mengunci kelembapan, memperbaiki kondisi bibir serta mengurangkan risiko kekeringan sepanjang hari.


Produk ini juga menawarkan sehingga 12 jam kelembapan berpanjangan, menjadikannya pilihan praktikal untuk kegunaan harian tanpa perlu kerap disapu semula.
Untuk mendapatkannya, Lip Pure Tinted ini dijual pada harga runcit RM25.90 seunit dan produk ini kini boleh didapati di farmasi terkemuka, kedai penjagaan diri serta platform peruncitan atas talian di seluruh negara.