5 Idea Percutian Solo Untuk Wanita Malaysia Sempena Hari Wanita Antarabangsa

March 3, 2026
destinasi

Lina Rosli

Perjalanan solo hari ini bukan lagi sekadar trend media sosial, sebaliknya satu gerakan yang mencerminkan keberanian dan kebebasan wanita menentukan hala tuju sendiri.

Menurut laporan Solo Female Travel Trends and Statistics 2024, wanita kini menyumbang 70 peratus daripada lawatan ke laman web hotel di seluruh dunia, dan ia secara tidak langsung memperlihatkan pengaruh besar mereka dalam perancangan dan tempahan perjalanan.

Di Asia Tenggara pula, jumlah wanita yang memilih pengembaraan solo meningkat 2.6 kali ganda pada tahun 2022 sahaja.

Oleh yang demikian, bersempena Hari Wanita Antarabangsa, platform tempahan pengangkutan atas talian redBus ingin membawa kepada para pengembara solo wanita akan lima destinasi mesra solo yang sesuai untuk wanita Malaysia — daripada percutian santai dalam negara hingga ke pengalaman merentas sempadan yang lebih mencabar.

#1 Ipoh, Perak

Perhentian bas terdekat: Terminal Amanjaya (sekitar 12 km)Julat harga sekitar RM15 – RM58/seorang

Bagi yang ingin memulakan pengalaman solo dengan langkah yang lebih selesa, Ipoh merupakan pilihan destinasi yang sesuai.

Bandar ini terkenal dengan deretan bangunan warisan yang unik, lorong seni seperti Concubine Lane yang meriah dengan seni kraf dan juga hidangan unik serta pilihan kedai makan dan kafe yang plebagai dengan harga yang berpatutan untuk dinikmati.

Antara aktiviti yang boleh dicuba termasuk “heritage cafe crawl” untuk menikmati kopi putih ikonik di Kedai Kopi Nam Heong, sebelum meluangkan masa di Muzium Yasmin Ahmad di Kong Heng.

Di sini, anda boleh berjalan sambil merakam momen-momen menarik terus pada lensa kamera anda – untuk simpanan memori buat hari kelak.

#2 Kuala Lumpur

Terminal bas terdekat: Terminal Bersepadu Selatan (sekitar 13 km) Julat harga sekitar RM12 – RM35/seorang

Pernahkan anda terfikir yang mana, kadangkala, percutian terbaik mungkin apabila anda menerokai kota yang anda tinggal atau lahir – seperti Kuala Lumpur. Ini kerana Kuala Lumpur hadir dengan pengalaman budaya yang lebih mendalam jika diterokai dengan perspektif baharu.

Malah, sejak kebelakangan ini, fenomena “stamp hunting” yang semakin popular menjadikan perjalanan menggunakan LRT dan MRT seperti satu misi kreatif.

Jika anda ingin mengembara di Kuala Lumpur, pastikan anda memulakan aktiviti solo dengan mengumpul cop seni di Central Market, REXKL dan The Zhongshan Building. Selain unik, aktiviti ini memberi pengalaman eksplorasi bandar yang menyeronokkan dan berbeza daripada rutin harian.

#3 Cameron Highlands, Pahang

Terminal bas terdekat: Terminal Tanah Rata (sekitar 5 km) – Julat harga sekitar RM20 – RM95/seorang

Apabila kesibukan kota terasa meletihkan, Cameron Highlands menawarkan suasana sejuk dan mendamaikan. Lanskap ladang teh menghijau serta hutan berkabus Mossy Forest menjadi latar ideal untuk melepaskan tekanan.

Pengunjung boleh memilih lawatan separuh hari yang teratur untuk meneroka Mossy Forest dan singgah di BOH Tea Centre di Sungai Palas. Aktiviti memetik strawberi segar atau menikmati pencuci mulut tempatan melengkapkan pengalaman solo yang santai tetapi bermakna.

#4 Dari Johor Bahru Ke Batam

Beli tiket feri di redBus – Harga sekitar RM100/seorang

Bersedia untuk melangkah lebih jauh daripada percutian dalam negara? Laluan feri dari Berjaya Waterfront di Johor Bahru ke Batam Centre Ferry Terminal merupakan antara pilihan paling mudah untuk merasai pengalaman antarabangsa tanpa perlu penerbangan jauh atau perancangan yang rumit.

Perjalanan laut ini lazimnya mengambil masa kurang dua jam, menjadikannya sesuai sebagai “day trip” atau percutian hujung minggu yang ringkas tetapi bermakna.

Setibanya di Batam, suasananya yang santai dan kos perkhidmatan yang lebih berpatutan membuka ruang untuk sesi penjagaan diri yang menyenangkan. Batam terkenal dengan spa dan urutan tradisional Indonesia yang menawarkan rawatan badan lengkap pada harga kompetitif.

Selain itu, kedudukannya sebagai bandar pesisir membolehkan pengunjung menikmati hidangan makanan laut segar di restoran tepi laut dengan pemandangan yang menenangkan.

#5 Dari Langkawi Ke Koh Lipe

Beli tiket feri di redBus – Harga sekitar RM120/seorang

Bagi yang mahukan pengalaman lebih eksklusif, perjalanan dari Jeti Kuah, Langkawi ke Koh Lipe menawarkan panorama laut jernih dan suasana pulau yang menenangkan — sesuai untuk wanita yang ingin menikmati percutian solo dengan privasi dan ketenangan.

Setibanya di Koh Lipe, pengembara boleh memilih aktiviti santai seperti menikmati kelapa segar di kafe tepi pantai, bersnorkeling di perairan cetek untuk melihat kehidupan laut, atau berjalan di Walking Street untuk mencuba juadah tempatan Thailand dan membeli-belah cenderamata. Aktiviti ini memberi keseimbangan antara relaksasi, penerokaan budaya, dan pengalaman berani melakukan sesuatu seorang diri.

Menarik bukan? Perjalanan solo bukan sekadar bercuti. Ia adalah peluang untuk mengenali diri sendiri, membina keyakinan dan mencipta pengalaman tanpa kompromi. Sama ada menikmati kopi sendirian di Ipoh atau menyusuri pantai Koh Lipe, setiap langkah adalah bukti bahawa wanita mampu menentukan perjalanan hidup mereka sendiri.

Bagi yang bersedia merancang pengembaraan seterusnya, tiket bas dan feri boleh ditempah melalui redBus. Pengguna juga boleh menggunakan kod REDBUS60 untuk menikmati diskaun 30% sehingga RM10 serta pulangan tunai 30% sehingga RM18 bagi semua tiket.

Jadi, sempena Hari Wanita Antarabangsa ini, apakah destinasi pertama anda sebagai pengembara solo?

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd