BMW Malaysia Tawar Pakej Pemilikan Komprehensif Sempena “March Into Joy”

March 4, 2026
Automotif

Lina Rosli

Menjelang sambutan Syawal yang bakal tiba pada penghujung Mac nanti, BMW Malaysia tidak ketinggalan dalam memperkenalkan kempen jualan di seluruh negara yang bertemakan “March Into Joy” – yang mana kempen ini akan berlangsung bermula 6 Mac hingga 8 Mac 2026.

Menerusi kempen ini, terdapat pelbagai tawaran yang ditawarkan yang mana ia tidak hanya terhad kepada harga atau kadar faedah yang lebih rendah, tetapi juga menekankan kepada pengalaman pemilikan premium yang sinonim dengan jenama BMW.

Antara model yang diketengahkan sepanjang kempen ini ialah BMW 218 Gran Coupé Sport, sebuah model empat pintu yang menampilkan rekaan elegan dan karakter pemanduan dinamik. Bagi tempoh promosi ini, model tersebut hadir dengan BMW Iconic Glow Kidney Grille secara percuma sebagai ciri standard. Dengan ini, ia menjadikan model ini tampak lebih bergaya dan trendy.

Dari segi pembiayaan, pelanggan boleh menikmati kadar faedah serendah 0.81 peratus untuk tempoh sehingga sembilan tahun, dengan ansuran bulanan bermula daripada RM1,688 menerusi BMW Financial Services.

Tawaran ini turut merangkumi pakej Servis & Pembaikan Inklusif BMW percuma selama empat tahun, memberikan nilai tambah kepada pemilik dari segi penyelenggaraan dan ketenangan fikiran. Walau bagaimanapun, unit yang ditawarkan adalah terhad dan promosi ini sah sehingga 31 Mac 2026.

Selain itu, BMW Malaysia turut menawarkan kadar faedah bermula 1.68 peratus melalui pelan pembiayaan BMW Straight Line untuk model-model terpilih seperti BMW X5 xDrive50e, BMW 750e xDrive M Sport dan banyak lagi .

Bagi model yang layak, pelanggan akan menerima Servis Inklusif BMW percuma sehingga enam tahun dan Pembaikan Inklusif BMW selama lima tahun.

Pendekatan ini mencerminkan komitmen BMW dalam memastikan pengalaman pemilikan yang lancar dan terjamin, bukan sahaja pada peringkat pembelian tetapi juga sepanjang tempoh penggunaan kenderaan.

Sepanjang acara berlangsung, pelanggan yang berkunjung ke bilik pameran pengedar sah BMW berpeluang menikmati pelbagai aktiviti dan promosi khas yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman rasmi BMW Malaysia atau mengunjungi pengedar sah BMW terdekat di seluruh negara.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd