Hada Labo Memperkenalkan Hydrating Cleansing Oil Serba Baharu
Lina Rosli
Menjelang sambutan Hari Raya, rutin penjagaan kulit sering menjadi lebih penting terutamanya apabila solekan dipakai untuk tempoh yang panjang.
Dalam situasi ini, pembersihan yang tidak menyeluruh boleh menyebabkan liang pori tersumbat, kulit kusam serta menjejaskan lapisan perlindungan semula jadi kulit.
Seiring dengan keperluan tersebut, Hada Labo memperkenalkan Hydrating Cleansing Oil yang dipertingkatkan sebagai langkah pertama dalam rutin double cleansing yang lebih berkesan dan lembut.

Produk ini dirumus khas untuk membantu menanggalkan solekan, pelindung matahari, lebihan sebum dan kotoran tanpa menjejaskan keseimbangan kelembapan kulit.
Untuk pengetahuan anda, double cleansing merupakan pendekatan dua langkah yang semakin popular dalam rutin penjagaan kulit, khususnya bagi mereka yang kerap bersolek.
Langkah pertama menggunakan pembersih berasaskan minyak untuk melarutkan kotoran berasaskan minyak, manakala langkah kedua menggunakan pencuci muka untuk membersihkan sisa berasaskan air seperti peluh dan habuk. Pendekatan ini memastikan kulit benar-benar bersih sebelum menerima produk penjagaan seterusnya.

Oleh itu, dengan adanya Hydrating Cleansing Oil dair Hado Labo, ia membantu melarutkan solekan dengan efektif, namun kekal ringan dan tidak berminyak pada kulit. Ini kerana untuk rumusan terbaru ini, ia menampilkan gabungan 10 minyak kecantikan – secara tidak langsung menjadikan teksturnya mencair lembut ketika diurut.
Selain fungsi pembersihan, formula ini diperkaya dengan tiga jenis Asid Hialuronik (3HA) yang memberikan penghidratan berlapis bagi membantu mengekalkan kelembapan dan keselesaan kulit selepas pembersihan.
Penambahan probiotik pula menyokong mikrobiom kulit yang sihat yang turut membantu menguatkan lapisan perlindungan kulit dan meningkatkan ketahanan terhadap tekanan persekitaran.

Hydrating Cleansing Oil yang dipertingkatkan ini juga diformulasikan tanpa alkohol, paraben, pewarna, pewangi dan minyak mineral, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Dengan pengenalan formula baharu ini, Hada Labo mengajak pengguna memulakan rutin penjagaan kulit dengan asas yang betul — kulit yang bersih, terhidrat dan seimbang sebagai persediaan untuk tampil yakin dan berseri sepanjang sambutan Hari Raya.