Nespresso Raikan 10 Tahun Di Malaysia Dengan Kempen “With Love” Sempena Hari Raya
Lina Rosli
Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Nespresso meraikan sedekad kehadirannya di Malaysia dengan memperkenalkan kempen “With Love”.
Sambutan ini juga bertepatan dengan 40 tahun inovasi kopi Nespresso di peringkat global sejak 1986. Melalui kempen ini, Nespresso memperkenalkan mesin edisi perayaan, pilihan kopi istimewa serta pelan langganan fleksibel bagi memeriahkan suasana Raya di rumah.
Sepanjang Ramadan hingga musim rumah terbuka, kopi sering menjadi minuman yang mengiringi pelbagai detik kebersamaan – sama ada ketika sahur yang tenang, waktu berbuka puasa, mahupun ketika menerima kunjungan tetamu.

Bersempena ulang tahun ke-10 ini juga, Nespresso memperkenalkan program Machine Subscription sebagai salah satu cara memudahkan pengguna memiliki mesin kopi di rumah. Melalui pelan ini, pelanggan boleh membawa pulang mesin Nespresso baharu dengan bayaran permulaan RM50, diikuti pelan bulanan bermula daripada RM90.
Menariknya, yuran langganan bulanan ini akan ditukar sepenuhnya kepada Club Credits yang boleh digunakan untuk membeli kapsul kopi serta aksesori Nespresso. Kredit tersebut juga boleh dikumpul sehingga 12 bulan, sekaligus memudahkan pengguna merancang keperluan kopi mereka sepanjang musim perayaan.

Bagi pelanggan yang melanggan secara atas talian, mereka turut menikmati penghantaran kopi percuma, jaminan dua tahun serta perkhidmatan pembaikan tanpa caj. Tambahan pula, bermula bulan ke-13, pelanggan akan menerima bonus 10 peratus kredit tambahan setiap bulan.
Bagi melengkapkan suasana rumah ketika Aidilfitri, Nespresso turut menampilkan mesin edisi perayaan yang direka untuk sesuai dengan dekorasi rumah moden. Antaranya ialah Vertuo Pop Spring Lilac(RM899) dan Nespresso Essenza Mini White(RM699) dengan rekaan minimalis yang ringkas dan elegan.

Selain mesin kopi, Nespresso turut memperkenalkan pilihan kopi istimewa untuk musim perayaan. Antaranya ialah Lavender Vanilla Decaffeinated yang menampilkan profil rasa lembut dan beraroma, sesuai dinikmati ketika berbuka puasa atau waktu santai bersama keluarga.
Kopi ini juga sesuai dijadikan minuman ais atau minuman berasaskan susu, serta mudah dipadankan dengan pelbagai hidangan manis dan savuri yang sering dihidangkan ketika Raya.

Satu lagi pilihan ialah Caffè Florian yang menawarkan profil rasa hangat dengan nota kayu, kekacang dan rempah lembut. Ia sesuai dijadikan minuman kopi berperisa atau resipi berasaskan susu, sekaligus melengkapkan pelbagai juadah perayaan daripada kuih tradisional hinggalah pencuci mulut moden.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Nespresso atau mengikuti akaun media sosial Nespresso bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai promosi serta koleksi perayaan yang ditawarkan.