Dari OATSIDE Ke NOBO Soy – Susu Soya Tinggi Protein Dan Rendah Gula
Lina Rosli
Tahukah anda, selepas hadir dengan susu berasaskan oat dibawah jenama OATSIDE, kini pasukan yang sama telah hadir dengan sebuah lagi jenama baharu dalam kategori minuman berasaskan tumbuhan – iaitu soya yang menggunakan jenama NOBO Soy.
Secara umumnya, susu soya telah lama menjadi sebahagian daripada budaya makanan tempatan, sama ada di kopitiam, gerai tepi jalan mahupun di rumah.

Namun, perubahan corak penggunaan dalam kalangan generasi muda menyaksikan minuman ini semakin kurang menjadi pilihan utama, terutamanya apabila lebih banyak alternatif berasaskan tumbuhan mula mendapat perhatian. Dalam konteks ini, NOBO Soy hadir dengan pendekatan yang lebih moden dan selari dengan gaya hidup semasa.
Antara fokus utama yang dibawakan ialah kandungan protein yang lebih tinggi. Setiap 100 mililiter NOBO Soy mengandungi sekitar 4.2 gram protein, iaitu hampir dua kali ganda berbanding kebanyakan susu soya dalam kotak di pasaran serta kira-kira 40 peratus lebih tinggi daripada susu lembu.
Peningkatan ini dicapai melalui penggunaan kacang soya non-GMO berprotein tinggi dari Kanada bersama teknologi double extraction yang membantu mengekalkan kandungan nutrisi semula jadi.
Dalam masa yang sama, NOBO Soy mengekalkan kandungan gula yang lebih rendah, iaitu kurang daripada 5g bagi setiap 100 mililiter.

Dari segi rasa, minuman ini dihasilkan dengan profil yang lebih lembut tanpa bau kekacang yang kuat melalui penggunaan teknologi flash cooling. Pendekatan ini membolehkan produk mengekalkan rasa yang lebih bersih, di samping mengekalkan senarai bahan yang ringkas tanpa penambahan minyak, emulsifier atau gum.
Tambah NOBO Soy juga, pengenalan susu soya moden ini turut mencerminkan peningkatan kesedaran terhadap pemakanan sihat di rantau Asia. Kacang soya sendiri merupakan sumber protein lengkap yang mengandungi semua asid amino penting, selain serat, antioksidan serta asid lemak Omega 3, 6 dan 9.
Melalui inovasi ini, bahan tradisional tersebut diberi nafas baharu dalam bentuk yang lebih moden dan mudah diterima.

Bagi pelancaran awal, NOBO Soy hadir dengan dua varian iaitu Original dan Almond Soy. Varian Original menampilkan rasa klasik susu soya dengan sentuhan aroma panggang yang lembut, manakala Almond Soy menggabungkan susu soya berkrim dengan tambahan badam panggang untuk rasa yang lebih kaya.
Kedua-dua varian ini sesuai diminum terus dan memenuhi keperluan gaya hidup harian yang aktif.

Dari sudut penjenamaan, NOBO Soy menampilkan reka bentuk pembungkusan yang minimalis dengan kacang soya sebagai elemen utama visual.
Jenama ini turut menjalinkan kolaborasi bersama jenama fesyen dari Vietnam, CHAUTFIFTH, yang menghasilkan beg tangan berbentuk kacang soya sebagai edisi khas sempena pelancaran.
Bagi yang berminat, NOBO Soy akan mula ditawarkan di peruncit utama serta platform e-dagang di Malaysia bermula minggu 16 Mac 2026 dalam pilihan saiz 180ml dan 1L.