Panduan Menghadapi Panas Melampau Di Malaysia

March 30, 2026
Gaya Hidup

Lina Rosli

Sejak kebelakangan ini, Malaysia mengalami peningkatan suhu yang ketara dengan bacaan sekitar 32 hingga 37 darjah Celsius di beberapa kawasan.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan ini berlaku susulan Monsun Barat Daya yang membawa cuaca lebih kering dan panas.

Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keselesaan harian, tetapi juga memberi kesan kepada kesihatan jika tidak ditangani dengan betul. Apabila tubuh terdedah kepada haba secara berterusan, risiko seperti keletihan haba dan strok haba boleh berlaku.

Oleh itu, setiap individu perlu lebih bersedia dan mengamalkan langkah penjagaan diri bagi mengurangkan risiko sepanjang tempoh cuaca panas ini.

5 Langkah Penjagaan Diri Sewaktu Musim Panas Dan Cara Elak Strok Haba

Antara amalan yang boleh dilakukan dalam rutin harian anda adalah seperti berikut:

  1. Pastikan anda memakai pakaian yang ringan, longgar dan tidak memerangkap haba ketika berada di luar. Fabrik seperti kapas dan linen lebih sesuai kerana membantu pengudaraan dan penyejatan peluh. Elakkan pakaian berwarna gelap kerana ia menyerap haba dan boleh meningkatkan suhu badan.
  2. Hadkan berada di luar bangunan terlalu lama, terutamanya antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang. Pendedahan berterusan kepada cuaca panas boleh menyebabkan dehidrasi dan keletihan. Jika perlu keluar, gunakan payung atau topi serta cari kawasan teduh.
  3. Pastikan anda minum air dalam kuantiti yang mencukupi sepanjang hari walaupun tidak berasa dahaga. Untuk kemudahan, penggunaan penulen air seperti LG PuriCare Water Purifier boleh membantu memastikan bekalan air bersih sentiasa tersedia. Selain itu, individu juga disarankan untuk mendapatkan makanan seperti tembikai dan timun yang tinggi kandungan air.
  4. Dapatkan kandungan mineral dan elektrolit yang mencukupi. Kehilangan peluh yang berlebihan boleh menyebabkan tubuh kehilangan garam penting. Jadinya, individu disarankan untuk mendapatkan minuman isotonik atau makanan seperti sayuran hijau, kekacang dan bijirin boleh membantu menggantikan nutrien tersebut.
  5. Kurangkan aktiviti fizikal yang berat ketika cuaca panas. Jika ingin bersenam, pilih waktu yang lebih sejuk seperti awal pagi atau malam, atau lakukan aktiviti di ruang berhawa dingin. Dalam keadaan suhu yang tinggi, penggunaan penyaman udara yang efisien seperti LG AI Air Conditioner juga dapat membantu mengekalkan keselesaan ruang tanpa penggunaan tenaga yang berlebihan.

Selain itu, pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi serta menggunakan perlindungan tambahan seperti payung, topi atau cermin mata hitam bagi mengurangkan pendedahan terus kepada matahari.

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti:

  • Badan terasa panas tetapi tidak berpeluh
  • Pening atau kekeliruan
  • Loya dan muntah
  • Sukar bernafas

Harus diingatkan, sekiranya anda mengalami gejala berlarutan, pastikan anda segera dapatkan rawatan perubatan kerana ia mungkin petunjuk kepada strok haba yang boleh membawa komplikasi serius.

Secara keseluruhannya, cuaca panas yang melanda ketika ini memerlukan perubahan dalam rutin harian. Dengan langkah pencegahan yang betul dan penggunaan solusi yang sesuai, risiko kesihatan dapat dikurangkan dan aktiviti harian dapat diteruskan dengan lebih selesa.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd