Tawaran Istimewa Untuk Pelajar SPM 2025 – 7 Promosi Menarik Yang Anda Boleh Tebus
Lina Rosli
Keputusan SPM 2025 telah pun diumumkan, menandakan berakhirnya satu fasa penting dalam perjalanan pendidikan para pelajar. Seiring dengan itu, pelbagai jenama makanan dan minuman di Malaysia tampil dengan tawaran istimewa sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan dedikasi yang telah dicurahkan.
Sama ada anda memperoleh keputusan cemerlang atau sebaliknya, setiap usaha tetap layak diraikan. Berikut adalah beberapa promosi menarik yang boleh dinikmati bermula 31 Mac 2026:
#1 Nando’s – ¼ Ayam Percuma
Sebagai tanda penghargaan kepada pelajar, Nando’s menawarkan ¼ ayam secara percuma kepada pelajar SPM 2025.
Pelajar hanya perlu menunjukkan slip keputusan SPM 2025 yang asal di mana-mana cawangan untuk menebus tawaran ini pada 31 Mac 2026. Promosi ini sah untuk makan di premis sahaja dan terhad kepada satu penebusan bagi setiap slip, selagi stok masih ada.

#2 The Coffee Bean & Tea Leaf – Beli 1 Percuma 1 & Minuman Percuma
The Coffee Bean & Tea Leaf menawarkan promosi Beli 1 Percuma 1 untuk minuman kepada pelajar, guru dan pengetua.
Selain itu, pelajar yang memperoleh keputusan A bagi semua matapelajaran juga layak menikmati satu minuman percuma. Tawaran ini sah pada 31 Mac 2026 dengan hanya menunjukkan slip keputusan atau kad staf di kaunter.

#3 Starbucks – Minuman Pada Harga RM9.90
Raikan pencapaian anda dengan menikmati mana-mana minuman handcrafted pada harga RM9.90.
Promosi ini termasuk minuman bersaiz Grande dan boleh ditambah saiz, serta sah pada 31 Mac 2026 di cawangan terlibat.

#4 Marrybrown – Ayam Goreng Percuma
Marrybrown menawarkan satu ketul ayam goreng percuma dengan setiap pembelian set kombo melalui aplikasi rasmi mereka.
Promosi ini berlangsung dari 31 Mac hingga 2 April 2026 dan tertakluk kepada ketersediaan stok.

#5 Kenny Rogers ROASTERS – Ganjaran Istimewa Pelajar
Pelajar boleh membawa slip keputusan SPM ke Kenny Rogers ROASTERS untuk menikmati tawaran khas yang disediakan sebagai tanda penghargaan.
Kenny Rogers Roasters menawarkan menu menarik pada harga hanya RM17.90 (dilengkapi dengan minuman berkarbonat) – yang mana antara yang ditawarkan adalah Chicken Rice Solo, Nasi Lemak Solo, Classic Choice Meal dan Golden Nugget Set.

#6 TGI Fridays – A+ Hearty Meal RM17
Pelajar SPM 2025 boleh menikmati set A+ Hearty Meal pada harga RM17 seorang dengan hanya menunjukkan slip keputusan.
Promosi ini sah dari 31 Mac hingga 2 April 2026 dan terhad untuk makan di kedai sahaja.

#7 Boat Noodle – 1A = 1 Bowl Percuma
Boat Noodle menawarkan semangkuk Pathumthani Chicken Noodle percuma bagi setiap gred A yang diperoleh.
Promosi ini berlangsung dari 31 Mac hingga 1 April 2026, jam 10 pagi hingga 6 petang, untuk makan di premis sahaja dan tertakluk kepada cawangan terpilih.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SPM 2025 atas usaha dan pencapaian anda.
Sama ada besar atau kecil, setiap langkah yang diambil adalah sebahagian daripada perjalanan yang lebih panjang. Ambil peluang ini untuk berehat seketika dan raikan hasil usaha anda dengan ganjaran yang ditawarkan.