Sunglass Hut Dan Ray-Ban Hadir Dengan Koleksi Kapsul Global Baharu – Tampil Rekaan Ikonik Lebih Minimalis

April 1, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Baru-baru ini, Sunglass Hut bersama jenama kaca mata popular Ray-Ban telah hadir dengan satu koleksi kapsul baharu yang menawarkan rekaan kaca mata dengan interpretasi baharu terhadap rekaan klasik jenama mereka.

Kolaborasi antara dua jenama ini dilihat menghimpunkan elemen warisan Ray-Ban dengan pendekatan yang lebih moden dan minimalis.

Untuk pengetahuan anda, untuk koleksi ini juga, ia menampilkan siluet ikonik Ray-Ban dalam gaya ringkas tetapi berani – yang mana ia hadir dengan kaca mata dengan bingkai berwarna putih dan kemudiannya dipadankan dengan kanta kelabu gelap. Melengkapkannya adalah elemen merah ikonik Ray-Ban yang digunakan untuk mencipta kontras visual yang jelas dan berkarakter.

Pendekatan koleksi ini bukan sekadar tentang gaya bingkai, tetapi memberi ruang kepada pemakai untuk menonjolkan identiti diri. Setiap rekaan dilihat sebagai kanvas kosong yang membolehkan gaya peribadi diterjemahkan dengan lebih bebas.

Menurut Sunglass Hut lagi, kerjasama mereka bersama Ray-Ban adalah bertujuan untuk menghubungkan jenama ikonik bersama budaya dan pengguna secara lebih mendalam. Ini kerana sebelum ini, Ray-Ban sememangnya dikenali sebagai jenama yang menjadi simbol untuk individu mengekspresi diri

Bagi yang berminat, koleksi ini menampilkan empat model utama iaitu Zena (RB4430) hadir dengan bentuk cat-eye yang berani dalam warna putih bersama kanta polarized kelabu gelap. Sementara itu, Mega Wayfarer II (RB0832S) membawa nafas baharu kepada rekaan klasik Wayfarer melalui saiz yang lebih besar dan lebih menonjol.

Dua lagi rekaan yang menjadi tumpuan ialah RB4441D dan Wayfarer Puffer (RB4G40). RB4441D tampil dengan bentuk seperti ‘pillow’ yang moden dan kemas, sesuai untuk gaya harian yang lebih sofistikated. Wayfarer Puffer pula mengetengahkan rekaan lebih berani dengan kanta hitam pekat, memberikan karakter yang lebih ekspresif.

Sebagai tanda kolaborasi ini, setiap model turut didatangkan dengan pembungkusan khas co-branded Ray-Ban x Sunglass Hut yang direka eksklusif untuk koleksi ini.

Koleksi kapsul ini mula dilancarkan secara global bermula 30 Mac 2026 dan akan diperkenalkan secara berperingkat di pasaran terpilih. Ia akan tersedia di cawangan Sunglass Hut terpilih di seluruh dunia serta disokong oleh kempen pemasaran merangkumi paparan di kedai, platform e-dagang dan kandungan digital.

Dari segi harga, koleksi ini ditawarkan pada julat sekitar RM679 hingga RM1089, bergantung kepada model dan pasaran.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd