Inside Scoop Memperkenalkan Koleksi Edisi Terhad Rasa-Rasa Malaysia
Lina Rosli
Bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia pada tahun ini, Inside Scoop dilihat tidak ketinggalan dalam memeriahkan sambutan ini yang mana jenama ini dilihat hadir dengan koleksi edisi terhad terbaharu mereka iaitu koleksi Rasa-Rasa Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, Inside Scoop ditubuhkan di Malaysia sejak tahun 2013 yang mana cawangan pertama mereka dibuka di Bangsar.

Menjadi antara jenama aiskrim popular di Malaysia, Inside Scoop dikenali dengan pendekatan kreatif yang mengetengahkan perisa aiskrim yang sesuai dengan citarasa tempatan.
Menurut Inside Scoop, untuk koleksi edisi terhad ini, fokus mereka adalah untuk membawa naratif tersendiri yang mewakili keunikan setiap negeri – yang merangkumi kota metropolitan hingga ke kawasan bersejarah.


Di dalam koleksi Rasa-Rasa Malaysia ini, Inside Scoop membawakan enam perisa utama yang menggunakan ramuan tempatan asli iaitu:
- Affogato (Johor) – Mengangkat keunikan kopi Liberica dari Muar yang terkenal dengan aroma kuat dan rasa mendalam, digabungkan dalam aiskrim berinspirasikan affogato yang berkrim.
- Dark Chocolate Banana (Kelantan) – Coklat gelap 70% dari Kelantan dipadankan dengan pisang berangan untuk keseimbangan rasa pahit dan manis.
- Dodol Musang King (Melaka) – Gabungan dodol tradisional dengan durian Musang King menghasilkan rasa lemak manis yang kaya dan memuaskan.
- Gula Apong Tiramisu (Sarawak) – Menggunakan gula apong yang terkenal dengan profil karamel berasap, memberikan sentuhan unik kepada perisa tiramisu klasik.
- Moola ChocoMalt Kaw Dinosaur (KL/Selangor) – Diinspirasikan daripada minuman klasik gerai mamak, menawarkan rasa coklat malt yang pekat dan nostalgia.
- Strawberry Lemonade (Pahang) – Kombinasi lemon segar dan strawberi Cameron Highlands yang menyegarkan, sesuai untuk cuaca panas.
Menariknya, setiap skup aiskrim akan dihidangkan dalam cawan khas dengan ilustrasi unik yang mewakili negeri-negeri tersebut.

Bagi mereka yang ingin berkongsi pengalaman ini, Pek Rasa-Rasa edisi terhad ditawarkan pada harga RM70, sesuai dinikmati bersama keluarga dan rakan.
Selain itu, Inside Scoop turut memperkenalkan aktiviti “stamp rally” melalui Pasport Aiskrim. Dengan pembelian pek edisi terhad, pelanggan akan menerima pasport khas untuk mengumpul cop unik dari setiap cawangan, menjadikan pengalaman menikmati aiskrim lebih interaktif dan menyeronokkan.
Sekiranya anda ingin mencubanya, koleksi Rasa-Rasa Malaysia boleh didapati di semua cawangan Inside Scoop seluruh negara bermula 6 April hingga 11 Mei 2026.