Coway Memperkenalkan Rangkaian Penapis Udara Baharu – Membantu Untuk Keselesaan Setiap Ruang

April 2, 2026
Gajet

Bat

Dalam kehidupan harian yang semakin sibuk, keselesaan di rumah bukan sekadar bergantung kepada ruang yang kemas. Sebaliknya, ia turut dipengaruhi oleh suasana dan kualiti udara nyaman dan bersih. Sama ada ketika meraikan detik istimewa bersama keluarga atau menjalani rutin harian, udara yang bersih memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran yang lebih tenang dan selesa.

Seiring dengan keperluan ini, Coway kembali dengan Zon Rileks & Refresh buat tahun kedua, sambil memperkenalkan rangkaian penapis udara terbaharau yang menampilkan tiga model utama iaitu Coway Studio, Coway Suite, and Coway Atrium.

Model Coway Studio dan Coway Suite ini direka khusus untuk ruang yang lebih kecil dan peribadi seperti di dalam bilik tidur atau pejabat di rumah. Secara spesifik, Coway Studio amat sesuai untuk suasana yang lebih fokus dan santai, manakala Coway Suite pula ideal untuk kegunaan harian bersama keluarga, walaupun dalam ruang yang terhad.

Kedua rangkaian baharu ini hadir dengan teknologi HyperVortex™️ Air Technology yang membolehkan aliran udara bersih disalurkan dengan lebih pantas, cekap dan senyap.

Bagi kediaman dengan ruang yang lebih luas atau pelan terbuka, Coway Atrium tampil dengan sistem dwi motor berprestasi tinggi yang menghasilkan sedutan kuat dan stabil. Ia memastikan aliran udara kekal konsisten, sekaligus membantu mengekalkan kualiti udara yang baik tanpa mengganggu aktiviti atau interaksi dalam ruang tersebut.

Lebih daripada sekadar pelancaran produk, rangkaian ini mencerminkan pendekatan Coway dalam memenuhi gaya hidup moden yang mementingkan keselesaan menyeluruh di rumah dan menetapkan standard baharu dalam memastikan udara sentiasa bersih.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian penapis udara ini, layari laman rasmi Coway Malaysia atau ikuti saluran media sosial mereka untuk maklumat terkini.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd