Matcha Series Menggantikan Green Tea Di Gigi Coffee, Minuman Popular Kini Dalam Menu Kekal
Lina Rosli
Gigi Coffee kini hadir dengan kemaskini baharu untuk menu minuman mereka. Pembaharuan ini bukan sahaja menampilkan pilihan minuman baharu yang diinspirasikan daripada cita rasa tempatan, malah turut menyaksikan kembalinya beberapa menu kegemaran ramai sebagai pilihan tetap.

Antara tarikan utama ialah pengenalan siri Lokal, yang mengetengahkan interpretasi moden terhadap perisa dan pencuci mulut klasik Malaysia dalam bentuk minuman – dan pilihan yang ditawarkan termasuklah:
- Apam Balik Latte yang menggabungkan rasa jagung dan kacang.
- Kopi Latte sebagai versi moden kopi susu.
- Pandan Kaya Milk Tea yang hadir dengan aroma pandan dan rasa lemak manis.
- Lokal Mo-Kaw berasaskan coklat pekat
- Kaya Toast Latte yang diinspirasikan daripada menu sarapan popular rakyat Malaysia

Dalam masa yang sama, Gigi Coffee turut memberi perhatian kepada permintaan pelanggan setia dengan membawa kembali beberapa minuman popular sebelum ini sebagai menu kekal.
Di bawah siri Cream pula, pelanggan kini boleh menikmati Buttercream Dark Choco, Pistachio Cream Latte dan Carascotch Latte pada bila-bila masa

Selain itu, penjenamaan semula turut dilakukan pada kategori teh hijau – yang mana “Green Tea” kini digantikan dengan Matcha Series yang menampilkan pilihan lebih asli seperti:
- Matcha Latte
- Matcha G-Frappe
- Matcha Mango
Gigi Coffee melihat langkah ini dengan peningkatan minat pengguna terhadap minuman berasaskan matcha dalam beberapa tahun kebelakangan ini.


Tidak hanya terhad kepada itu, siri Milk Tea juga diperkenalkan secara rasmi dengan variasi seperti White Peach Oolong Milk Tea, Osmanthus Oolong Milk Tea dan Jasmine Milk Green Tea.
Bagi yang berminat, menu baharu ini kini boleh didapati di semua cawangan Gigi Coffee di seluruh negara serta melalui aplikasi mudah alih rasmi mereka.