Siri Skechers AERO Baharu Kini Di Malaysia – Fokus Prestasi Dan Keselesaan Larian
Lina Rosli
Skechers terus memperkukuh segmen kasut prestasi dengan memperluaskan siri Skechers AERO melalui dua model baharu iaitu Skechers Hands Free Slip-ins: Aero Pulse dan Skechers AERO Razor.
Kedua-duanya kini ditawarkan di pasaran tempatan, menyasarkan pelari jalan raya bandar yang memerlukan keseimbangan antara keselesaan, responsif dan sokongan biomekanikal.
Dibangunkan khusus untuk permukaan jalan yang keras di kawasan urban, siri ini memberi penekanan kepada prestasi sepanjang pelbagai fasa larian — daripada latihan harian hinggalah sesi berintensiti tinggi.
Setiap model menggabungkan pendekatan reka bentuk berasaskan data serta inovasi kusyenan terkini bagi memastikan pengalaman larian yang lebih efisien.

Kedua-dua model dilengkapi dengan sistem insole Skechers Arch Fit yang dibangunkan berdasarkan data lebih 20 tahun dan lebih 120,000 imbasan kaki tanpa beban. Teknologi ini membantu mengurangkan impak hentakan serta mengoptimumkan pengagihan berat badan ketika berlari.
Bagi pengguna yang menekankan kemudahan dan keselesaan harian, Skechers Hands Free Slip-ins: Aero Pulse hadir dengan reka bentuk slip-on yang memudahkan pemakaian tanpa mengorbankan prestasi.
Ia menggunakan kusyen tapak ECO FLIGHT yang ringan dan mengandungi sekurang-kurangnya 10% bahan kitar semula, selain menawarkan pengalaman larian yang stabil dan responsif untuk jarak sehingga 24 kilometer. Reka bentuk ini turut menampilkan Heel Pillow™ bagi memberikan kestabilan tambahan serta pegangan kaki yang lebih kukuh.

Sementara itu, Skechers AERO Razor disasarkan kepada pelari yang mencari kelajuan dan prestasi maksimum. Model ini menggunakan teknologi kusyen HYPER BURST PRO berasaskan Super Critical foam, yang direka untuk memberikan lantunan tenaga yang tinggi dalam struktur ringan.
Ia sesuai untuk pelari yang ingin meningkatkan prestasi sehingga ke jarak maraton penuh.
Reka bentuknya turut dilengkapi bahagian atas mesh kejuruteraan yang ringan dan bernafas, serta tali kasut jenis sawtooth untuk cengkaman lebih kemas.

Pada bahagian tapak, teknologi H-Wing digabungkan dengan HYPER ARC rocker bagi menghasilkan peralihan langkah yang lebih lancar dari pendaratan ke lompatan, sekaligus memberikan sensasi gerakan ke hadapan yang lebih dinamik.
Kasut ini juga dilengkapi dengan tapak luar Goodyear Performance Outsole pula memastikan cengkaman yang baik di permukaan jalan.
Bagi yang berminat, Skechers Hands Free Slip-ins: Aero Pulse ditawarkan pada RM499, manakala Skechers AERO Razor pada harga RM699.
Kedua-dua model boleh didapati di kedai konsep Skechers terpilih seperti Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Kuala Lumpur, Suria KLCC, The Exchange TRX serta 1 Utama Shopping Centre, selain melalui laman rasmi Skechers Malaysia.