Adabi Bawa Produk Halal Malaysia Ke FHA Singapore 2026 – Sasar Lebih Banyak Pasaran Global

April 20, 2026
syarikat

Lina Rosli

Adabi Frozen Food Sdn. Bhd. menyertai FHA Singapore 2026 sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan kerjasama antarabangsa serta memperkenalkan produk halal Malaysia ke pasaran global.

Penyertaan ini dilihat sebagai langkah strategik buat Adabi dalam mengukuhkan kedudukan jenama di peringkat antarabangsa, khususnya dalam segmen makanan halal yang semakin mendapat permintaan.

Untuk pengetahuan anda, FHA Singapore 2026 yang berlangsung di Singapore Expo menghimpunkan pelbagai pemain industri, pengedar dan pembeli dari seluruh dunia, sekaligus membuka peluang jaringan perniagaan yang lebih luas.

Sepanjang pameran, Adabi Frozen Food menampilkan rangkaian produk roti sejuk beku sedia dimasak yang direka untuk memenuhi keperluan pengguna moden serta sektor hotel, restoran dan katering (HoReCa). Antara produk yang diketengahkan termasuk chapati, roti canai, paratha asli dan paratha bawang.

Produk-produk ini dibangunkan dengan mengekalkan citarasa asli Malaysia, di samping memastikan kualiti yang konsisten dan penyediaan yang mudah.

Pendekatan ini menjadikan ia sesuai untuk pasaran runcit serta kegunaan komersial, terutamanya bagi perniagaan yang memerlukan penyelesaian makanan yang praktikal tanpa mengorbankan rasa.

Menurut pihak Adabi, penyertaan dalam FHA Singapore 2026 merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan eksport syarikat.

Melalui platform ini, Adabi berhasrat untuk membina lebih banyak kerjasama antarabangsa, selain membuka peluang pengedaran baharu bagi produk halal Malaysia ke pasaran yang lebih luas.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd