IKEA Malaysia Sambut 30 Tahun — Ini Cara Jenama Ikonik Ini Mengubah Rumah Rakyat Malaysia
Lina Rosli
Selama 30 tahun, IKEA telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia. Jenama ini bukan sekadar menawarkan kelengkapan rumah, malah membantu mengubah idea sederhana menjadi ruang yang lebih bermakna serta penuh kenangan.
Apa yang bermula sebagai langkah berani menembusi pasaran tempatan kini berkembang menjadi satu perjalanan bersama. IKEA terus relevan kerana sentiasa memahami keperluan pengguna, sekaligus menjadikannya dekat di hati ramai.

Bermula Dengan Idea Baharu
Sejak awal kehadirannya, IKEA memperkenalkan konsep berbeza dalam dunia kelengkapan rumah. Reka bentuk produk dalam kotak yang praktikal, penyelesaian yang berfungsi serta pengalaman membeli-belah yang tersusun menjadikan IKEA mudah diterima.

Malah, pengalaman ke gedung IKEA bukan sekadar membeli perabot semata-mata. Ia sering menjadi destinasi santai buat seisi keluarga, di mana pengunjung boleh meluangkan masa meneroka ruang pameran yang direka seperti kediaman sebenar sambil mendapatkan inspirasi baharu untuk rumah masing-masing.
Dalam masa yang sama, kunjungan ini turut dilengkapi dengan pengalaman kuliner yang tidak kurang menarik. Hidangan Sweden seperti bebola daging yang terkenal bukan sahaja menjadi pilihan ramai, malah telah menjadi sebahagian daripada identiti IKEA sendiri. Gabungan antara inspirasi ruang dan pengalaman menjamu selera ini menjadikan setiap kunjungan ke IKEA lebih menyeluruh dan menyeronokkan.

Dari Inspirasi ke Realiti
Bagi kebanyakan orang, kunjungan ke IKEA selalunya bermula dengan meneroka ruang pameran yang disusun seperti kediaman sebenar untuk mendapatkan inspirasi. Dari situ, mereka mula membayangkan susun atur ruang sendiri, menyesuaikan idea yang dilihat dengan keperluan dan gaya hidup masing-masing sebelum memilih produk yang sesuai untuk dibawa pulang.

Pengalaman membawa pulang kabinet atau perabot dalam kotak dan memasangnya sendiri juga menjadi antara detik yang cukup bermakna. Proses ini bukan sahaja memberi kepuasan, malah secara tidak langsung mewujudkan hubungan yang lebih peribadi antara pengguna dan ruang kediaman mereka.
Seiring dengan perubahan gaya hidup — daripada kediaman kompak di kawasan bandar kepada rumah keluarga yang semakin berkembang, IKEA turut berevolusi dalam menawarkan penyelesaian yang lebih fleksibel dan relevan, selari dengan keperluan rakyat Malaysia yang sentiasa berubah.
Rekaan Ikonik Dalam Kehidupan Harian
Sepanjang tiga dekad ini, pelbagai produk daripada IKEA telah menjadi sebahagian daripada kediaman rakyat Malaysia. Antaranya termasuk rekaan ikonik seperti rak buku BILLY, kerusi POÄNG, sofa KLIPPAN dan unit rak KALLAX yang sering menjadi pilihan dalam pelbagai jenis ruang.


Setiap rekaan ini bukan sahaja menitikberatkan fungsi, malah direka untuk memenuhi keperluan kehidupan harian.
Seiring waktu, produk-produk ini melangkaui peranannya sebagai perabot semata-mata, sebaliknya menjadi elemen penting yang membantu mewujudkan ruang yang lebih tersusun, selesa dan praktikal untuk didiami.
Komitmen Yang Kekal Utuh
Menurut Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys, kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan pelanggan.
Beliau menegaskan bahawa visi IKEA sejak awal adalah untuk mencipta kehidupan harian yang lebih baik untuk seramai mungkin orang. Sambutan yang diterima di Malaysia membuktikan visi tersebut terus relevan hingga hari ini.
Berpandukan falsafah pengasasnya, Ingvar Kamprad, IKEA kekal komited menawarkan produk yang direka dengan baik, berfungsi dan mampu milik untuk semua.

Sempena ulang tahun ke-30 ini, IKEA Malaysia mengajak orang ramai untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti dan tawaran menarik dari April hingga Ogos 2026.
Antara yang dinanti termasuk kempen “30 Hari Kejutan Manis”, sesi muzik santai IKEA Unplugged serta kolaborasi bersama Inside Scoop.
Selain itu, sambutan turut dimeriahkan dengan Midsommar Fest serta inisiatif komuniti bersama Teach For Malaysia. Pelanggan juga boleh menantikan koleksi edisi terhad, termasuk barangan eksklusif seperti mainan lembut berinspirasikan bebola daging.

Selepas tiga dekad, IKEA Malaysia bukan lagi sekadar jenama kelengkapan rumah. Ia telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia — daripada rumah pertama hingga ke detik-detik penting bersama keluarga.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi gedung IKEA di seluruh negara atau melayari laman rasmi mereka.