Luckin Coffee Malaysia X Bear Boss Buddies – Tampil Siri Minuman Anggur Edisi Istimewa
Lina Rosli
Luckin Coffee Malaysia mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama IP tempatan popular, Bear Boss Buddies menerusi kempen bertemakan “Escape into Grape Fantasy”.
Kolaborasi ini diinspirasikan daripada hubungan persahabatan yang sering tercipta melalui momen harian bersama rakan dan keluarga.
Menerusi kempen ini, Luckin Coffee Malaysia membawakan pengalaman lebih menarik dengan gabungan minuman berasaskan anggur dan bunga sakura yang direka khas untuk dinikmati bersama.

Bagi yang tidak mengetahui, Bear Boss Buddies diasaskan oleh Dylan Ang. Dan kini, jenama ini semakin dikenali di peringkat antarabangsa menerusi identiti kreatif tempatan serta mesej positif berkaitan persahabatan.
Kolaborasi ini turut menampilkan tiga watak utama iaitu Bear Boss, Mao dan Capybara yang membawa karakter tersendiri dan menjadi simbol hubungan persahabatan unik.
Menurut Luckin Coffee Malaysia, kolaborasi bersama Bear Boss Buddies dilihat sebagai padanan yang bermakna kerana kedua-duanya berkongsi nilai yang sama dalam meraikan hubungan dan pengalaman harian melalui secawan kopi.

Kempen “Escape into Grape Fantasy” turut memperkenalkan beberapa minuman edisi khas. Antaranya ialah Grape Cheese Cloud yang menggabungkan anggur Summer Black bersama lapisan buih keju garam laut untuk rasa lebih berkrim.
Selain itu, Grape Refresher menawarkan gabungan anggur Summer Black, limau nipis tempatan dan teh melati bagi memberikan rasa lebih menyegarkan.
Bagi penggemar kopi, Cherry Blossom Latte pula akan diperkenalkan bermula 15 Mei dengan gabungan aroma bunga sakura Guan Shan dan rasa kopi yang seimbang.


Selain minuman, kolaborasi ini turut hadir dengan beg misteri patung mainan “Wiggly Tail” Luckin Coffee x Bear Boss Buddies yang akan mula ditawarkan pada 15 Mei.
Koleksi eksklusif ini menampilkan watak Bear Boss, Mao dan Capybara dalam bentuk patung mini yang boleh dijadikan aksesori harian atau koleksi meja.
Pelanggan juga boleh menebus beg misteri patung mainan percuma melalui pembelian kombo dua minuman terpilih pada harga RM24.90 menerusi aplikasi rasmi Luckin Coffee.