ABARO Memperkenalkan Kasut Khusus Untuk Warga Emas – Tropix HideTech Sneakers
Lina Rosli
ABARO kali ini hadir dengan varian produk baharu iaitu Tropix HideTech Sneakers, rangkaian kasut dewasa pertama di Malaysia yang mengadaptasikanteknologi HideTech bagi membantu aspek keselamatan serta keselesaan harian – khususnya untuk warga emas dan individu yang memerlukan perhatian tambahan.
Pengenalan koleksi ini hadir selari dengan perubahan demografi Malaysia ke arah masyarakat menua, selain peningkatan kesedaran terhadap keperluan penjagaan ibu bapa dan individu berkeperluan khas.

Untuk pengetahuan anda, teknologi yang digunakan pada kasut ini – iaitu teknologi HideTech ini sebelum ini telahpun menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records menerusi kategori “Fungsi Paling Inovatif Untuk Kasut Sekolah” .
Dan kini, teknologi tersebut mula diperluaskan ke dalam koleksi kasut dewasa menerusi rekaan poket tersembunyi yang membolehkan alat penjejak GPS disimpan dengan lebih selamat dan kemas.


Ciri ini dilihat sesuai digunakan dalam situasi tertentu seperti membantu ahli keluarga memantau lokasi ibu bapa warga emas, termasuk individu yang mengalami masalah nyanyuk atau dementia.
Pada masa sama, ia juga boleh dimanfaatkan untuk individu berkeperluan khas seperti autisme yang memerlukan pemantauan tambahan dalam aktiviti harian.

Menurut ABARO juga, idea memperluaskan teknologi HideTech ke dalam kasut dewasa hadir selepas melihat sambutan positif terhadap penggunaannya dalam kasut sekolah.
Dengan realiti kehidupan hari ini yang memerlukan ramai individu menggalas tanggungjawab menjaga keluarga, ABARO percaya inovasi ini mampu membantu mengurangkan kebimbangan harian penjaga dan ahli keluarga.

Selain fungsi keselamatan, Tropix HideTech Sneakers turut memberi fokus kepada keselesaan harian. Kasut ini dilengkapi kusyen Comfort Max Pro bersama sokongan lengkungan kaki adaptif bagi memberikan keselesaan berpanjangan ketika berjalan atau melakukan aktiviti harian.
Ia juga menggunakan tapak luar getah GripTech untuk cengkaman yang lebih stabil, selain dilengkapi tali elastik yang memudahkan pemakaian tanpa perlu mengikat tali kasut. Rekaan ringan turut membantu memberikan pengalaman pemakaian yang lebih selesa sepanjang hari.
Dari segi penampilan, Tropix HideTech Sneakers ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu biru, kelabu dan hitam yang sesuai dipadankan dengan pelbagai gaya harian.

Koleksi ini diperkenalkan sempena sambutan Hari Ibu Bapa Sedunia dan membawa mesej perhatian serta keprihatinan terhadap keperluan keluarga masa kini. Bersempena pelancarannya, ABARO menawarkan pakej khas Tropix HideTech Sneakers bersama GP eTag Smart Tracker pada harga RM99 berbanding harga runcit RM259.
Bagi yang berminat, promosi tersebut sah sehingga 15 Jun 2026, tertakluk kepada terma dan syarat. Kasut ini boleh didapati menerusi platform Shopee serta laman rasmi ABARO.