Auntea Jenny Kini Diiktiraf Halal Oleh Jakim

May 15, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Auntea Jenny kini secara rasminya menerima Sijil Pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dengan pencapaian ini, ia secara tidak langsung memperkukuhkan lagi keyakinan pengguna terhadap kualiti dan standard penyediaan minuman yang ditawarkan jenama tersebut.

Langkah mendapatkan pensijilan halal ini dilihat sebagai komitmen berterusan Auntea Jenny dalam memastikan setiap produk yang dihidangkan memenuhi keperluan pengguna tempatan, khususnya pelanggan Muslim yang semakin menitikberatkan aspek halal dan kebersihan dalam pemilihan makanan serta minuman harian.

Dalam masa sama, pencapaian tersebut turut menerima perhatian di peringkat antarabangsa apabila diiktiraf oleh Asia Records dan ASEAN Records.

Pengiktirafan berganda ini menunjukkan jenama berkenaan bukan sahaja berjaya membina populariti dalam kalangan pengguna, malah turut memenuhi standard yang diiktiraf di peringkat serantau.

Dengan pengiktirafan ini juga, Auntea Jenny dijangka terus mengembangkan kehadiran mereka di pasaran tempatan melalui pembukaan lebih banyak cawangan pada masa akan datang.

Langkah tersebut dilihat mampu memudahkan lebih ramai pelanggan mendapatkan akses kepada pilihan minuman yang bukan sahaja popular, tetapi kini turut hadir dengan pensijilan halal yang diiktiraf secara rasmi.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd