Stanley Kini Buka Kedai Mercu Di Mid Valley Megamall
Lina Rosli
Stanley kini membuka kedai mercu mereka di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Pembukaan ini bukan sahaja membawa rangkaian produk Stanley lebih dekat dengan pengguna di Malaysia, malah turut memperkenalkan pengalaman membeli-belah yang lebih selari dengan gaya hidup aktif dan trend semasa.

Untuk pengetahuan anda, kedai baharu ini direka sebagai ruang gaya hidup moden yang mengetengahkan gabungan elemen hidrasi, budaya, dan kehidupan harian yang aktif.
Terletak di North Court, kedai ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat sendiri rangkaian produk Stanley yang direka bagi kegunaan harian, sama ada untuk bekerja, melancong, bersukan, atau aktiviti luar. Stanley juga menampilkan identiti jenama yang lebih dekat dengan gaya hidup semasa, di mana fungsi dan rekaan bergerak seiring.

Antara koleksi utama yang dipamerkan di kedai mercu ini termasuklah siri Quencher H2.0 FlowState, Café To-Go Mug dan IceFlow Flip Straw Tumbler. Kesemua koleksi ini direka dengan fokus terhadap ketahanan, kemudahan penggunaan, dan fleksibiliti untuk pelbagai situasi harian.
Selain koleksi sedia ada, Stanley turut memperkenalkan koleksi baharu seperti New You Collection dan Spring Picnic Collection yang hadir dengan pilihan warna segar serta rekaan yang diinspirasikan daripada elemen kreativiti, hubungan sosial, dan pengalaman harian.

Bagi anda yang ingin berkunjung ke kedai mercu Stanley ini, ia dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam di F-008, North Court, Mid Valley Megamall. Selain kedai fizikal ini, produk Stanley juga boleh didapati menerusi pengedar rasmi dan rakan niaga terpilih di seluruh Malaysia.