MILO Malaysia Breakfast Day 2026 Kembali, Galakkan Rakyat Malaysia Mulakan Hari Dengan Sarapan Sihat

May 19, 2026
Gaya Hidup

Lina Rosli

Apabila bangun pagi, ramai antara kita terus bersiap ke tempat kerja atau sekolah tanpa mengambil sarapan terlebih dahulu. Rata-rata individu mengatakan mereka tidak sempat untuk bersarapan dan ada juga yang sekadar minum kopi sebelum memulakan rutin harian.

Untuk pengetahuan anda, tabiat meninggalkan sarapan ini sebenarnya boleh memberi kesan kepada tahap tenaga dan fokus sepanjang hari.

Sarapan pagi memainkan peranan penting sebagai sumber tenaga pertama selepas tubuh berehat sepanjang malam. Ia membantu badan mendapatkan semula tenaga yang diperlukan untuk melakukan aktiviti harian dengan lebih aktif dan produktif.

Oleh sebab itu, pengambilan sarapan yang seimbang sering dikaitkan dengan gaya hidup yang lebih sihat.

Dalam kehidupan yang semakin sibuk, ramai juga memilih makanan atau minuman yang mudah disediakan tetapi masih mampu memberikan tenaga dan khasiat untuk memulakan pagi. Di sinilah MILO terus menjadi antara pilihan rutin sarapan rakyat Malaysia sejak sekian lama.

Melalui kombinasi malt barli, susu, dan koko, MILO bukan sahaja dikenali dengan rasa ikoniknya, malah turut membantu membekalkan tenaga untuk memulakan hari. Ia juga merupakan minuman malt pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan “Pilihan Lebih Sihat” atau Healthier Choice Logo.

Bercakap mengenai kepentingan sarapan pagi dan gaya hidup aktif, MILO sekali lagi membawakan acara tahunan mereka iaitu MILO® Malaysia Breakfast Day 2026 yang bakal menghimpunkan lebih 70,000 rakyat Malaysia di enam negeri utama.

Acara ini bukan sekadar larian biasa, tetapi menjadi platform yang menggalakkan rakyat Malaysia membina rutin pagi yang lebih sihat bersama keluarga dan komuniti. Melalui gabungan aktiviti fizikal dan pendidikan pemakanan, acara ini turut menekankan kepentingan memulakan hari dengan tenaga yang mencukupi.

MILO Malaysia Breakfast Day 2026 bakal membuka tirainya di Kota Kinabalu, Sabah pada 24 Mei 2026 selepas menerima sambutan yang amat menggalakkan sehingga tiket penyertaan habis dijual. Siri jelajah ini kemudiannya diteruskan ke Kuala Terengganu, Kuching, Kuantan, Kota Bharu sebelum acara kemuncak berlangsung di Putrajaya pada 12 Julai 2026.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, acara ini telah menghimpunkan lebih setengah juta rakyat Malaysia dalam usaha memupuk tabiat memulakan hari dengan lebih sihat dan aktif. Ia juga menjadi antara acara yang dekat dengan keluarga kerana larian sejauh 3 kilometer yang dianjurkan sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak dan peserta kali pertama.

Di Putrajaya, kategori 5 kilometer turut diperkenalkan untuk mereka yang mahukan cabaran tambahan. Selain larian, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti senaman berkumpulan, cabaran sukan, permainan interaktif, dan pelbagai stesen aktiviti yang disediakan sepanjang acara berlangsung.

Selain itu, turut kembali memeriahkan acara ialah Trak Imersif 360° MILO Goodness yang memberi peluang kepada pengunjung melihat pengalaman di sebalik penghasilan MILO serta memahami nilai dan warisan jenama tersebut.

Acara kali ini juga akan menampilkan kehadiran Sahabat MILO, Nadhir Nasar dan Erysha Emyra yang bakal bersama-sama menginspirasikan generasi muda untuk menjalani gaya hidup lebih aktif dan sihat.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd