Piquadro Memperkenalkan Corner Backpack Untuk Pasaran Malaysia

May 21, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Piquadro baru-baru ini telah hadir dengan produk baharu iaitu Corner Backpack – menerusi sebuah acara pelancaran khas di Kuala Lumpur yang turut menampilkan Chef Wan sebagai tetamu kehormat.

Menurut jenama ini, beg ini direka untuk individu moden yang sentiasa bergerak antara urusan kerja, gaya hidup dan perjalanan antarabangsa. Ini kerana Corner Backpack hadir dengan struktur unik yang mampu berdiri sendiri tanpa bergantung kepada berat atau isi di dalam beg.

Bukan itu sahaja, rekaan ini menampilkan gabungan fungsi praktikal dan sentuhan kemasan Itali yang minimal serta premium. Ia menggunakan material tekstil kalis air serta dilengkapi ruang khas untuk komputer riba dan iPad, dua ruang pembahagi dalaman, tali sternum untuk keselesaan tambahan, serta poket khas untuk botol minuman atau payung.

Beg ini juga mempunyai perlindungan RFID bagi membantu melindungi kad dan data peribadi daripada akses tanpa kebenaran.

Tambah Piquadro, Corner Backpack dibangunkan dengan fokus terhadap fungsi pintar dan keselesaan harian, selain mengekalkan identiti jenama yang terkenal dengan rekaan moden untuk pengembara urban.

Menariknya, Piquadro turut menawarkan Corner Backpack dalam dua pilihan rekaan berbeza bagi memenuhi gaya dan keperluan pengguna yang pelbagai. Kedua-duanya mengekalkan identiti moden dan profesional, namun hadir dengan pendekatan rekaan tersendiri untuk penggunaan harian serta perjalanan.

Bagi yang berminat, Corner Backpack ini ditawarkan pada harga bermula RM1,320 sebuah. Anda boleh mendapatkannya sama ada di butik fizikal mereka di The Exchange TRX ataupun menerusi pembelian secara atas talian di laman rasmi Piquadro.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd