Cetaphil Hadir Dengan Serum Antioksidan Baharu Untuk Lindungi Dan Pulihkan Kulit Sepanjang Hari

June 10, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

Gaya hidup moden yang sibuk, kurang tidur, tekanan kerja, pencemaran udara dan pendedahan kepada cahaya UV bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan tubuh, malah turut menjejaskan keadaan kulit.

Menyedari cabaran ini, jenama penjagaan kulit sensitif terkemuka, Cetaphil Malaysia memperkenalkan rangkaian serum AMPM terbaharu yang direka khusus untuk membantu melindungi dan memulihkan kulit daripada kesan tekanan harian.

Pengenalan serum terbaharu ini turut mengetengahkan isu tekanan oksidatif atau oxidative stress, iaitu keadaan apabila radikal bebas yang terhasil daripada faktor dalaman dan luaran melebihi kemampuan badan untuk meneutralkannya.

Keadaan ini boleh menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif, kemerahan, kusam serta mempercepatkan kemunculan garis halus dan tanda penuaan.

Oleh yang demikian, Cetaphil hadir dengan teknologi Gallic-AOX Power yang menggabungkan Gallic Acid dan Vitamin E bagi memberikan perlindungan antioksidan yang lebih berkesan. Teknologi tersebut dikatakan menawarkan kuasa antioksidan dua kali ganda lebih tinggi berbanding Vitamin C, sambil kekal lembut dan sesuai digunakan pada kulit sensitif.

Rangkaian ini terdiri daripada dua produk utama iaitu Advanced Defense Serum untuk penggunaan siang dan Repair & Renew Serum untuk penggunaan malam. Kedua-duanya direka untuk bekerja mengikut kitaran semula jadi kulit, membantu melindungi kulit pada waktu siang dan menyokong proses pemulihan pada waktu malam.

Menurut Cetaphil, Advanced Defense Serum membantu menjadikan kulit sehingga tujuh kali lebih kuat menghadapi tekanan persekitaran seperti pencemaran, sinaran UV dan cahaya biru. Pada masa sama, ia membantu mengurangkan penampilan liang pori dan garis halus untuk kulit yang kelihatan lebih licin dan berseri.

Bagi penggunaan waktu malam pula, Repair & Renew Serum membantu mempercepatkan pemulihan lapisan pelindung kulit sehingga dua kali lebih pantas serta membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan selepas penggunaan berterusan selama empat minggu.

Dengan pelancaran serum AMPM ini, Cetaphil terus memperkukuhkan komitmennya dalam menawarkan penyelesaian penjagaan kulit berasaskan sains yang membantu pengguna menangani cabaran gaya hidup moden sambil mengekalkan kesihatan kulit yang optimum.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd