Siri Xiaomi 17T – Bila Kamera Cantik Digabungkan Dengan Bateri Tahan Lama

June 10, 2026
Advertorial

Lina Rosli

Sebagai seseorang yang gemar mengambil gambar hampir setiap hari, telefon pintar sememangnya menjadi peranti utama yang sentiasa berada di tangan saya. 

Dalam rutin harian, saya sering keluar menghadiri acara, singgah di kafe untuk merakam gambar makanan, kemudian menyambung dengan rakaman video pendek untuk media sosial sebelum terus menyunting kandungan tersebut dalam telefon.

Di waktu lain, telefon turut digunakan untuk tugasan harian seperti membalas mesej, membuka Google Maps, mendengar Spotify dan memuat naik gambar atau video sepanjang hari. 

Disebabkan penggunaan yang agak intensif ini, saya memerlukan sebuah telefon yang bukan sekadar bagus di atas kertas, tetapi benar-benar boleh dipercayai dalam penggunaan sebenar.

Bagi saya, siri Xiaomi 17T nampak memenuhi keperluan tersebut dengan menggabungkan keseimbangan penawaran kamera yang baik, bateri besar serta prestasi yang stabil untuk kegunaan harian.

Pengalaman Fotografi – Tampil Dengan Tona Warna Seimbang Pada Gambar

Perkara pertama yang paling ketara bagi saya sudah tentu pengalaman kameranya.

Siri Xiaomi 17T hadir dengan sistem kamera Leica Summilux yang memberikan hasil gambar dengan tona warna yang lebih semula jadi dan seimbang. 

Dalam penggunaan harian, ini bermaksud gambar tidak terlalu diproses secara berlebihan, sebaliknya masih mengekalkan karakter asal sesuatu subjek.

Sebagai pengguna yang banyak mengambil gambar makanan, suasana bandar, potret dan momen spontan, saya lebih menghargai kamera yang boleh “jadi terus cantik” tanpa perlu banyak suntingan. 

Untuk gambar makanan misalnya, warna nampak lebih realistik. Untuk gambar malam pula, pencahayaan lebih terkawal tanpa terlalu hilang butiran.

Di bawah ini adalah beberapa sampel gambar yang dirakam menggunakan Xiaomi 17T Pro:

Model Xiaomi 17T Pro menggunakan sensor Light Fusion 950 dengan bukaan f/1.67 dan sensor bersaiz besar 1/1.31 inci. 

Dalam pengalaman penggunaan, ini membantu terutamanya apabila mengambil gambar dalam keadaan kurang cahaya seperti waktu malam atau di dalam ruang tertutup.

Selain itu, teknologi seperti LSC coating, ALD dan SWC turut membantu mengurangkan silau dan ghosting, terutama apabila merakam dalam situasi pencahayaan yang mencabar seperti lampu neon atau lampu pentas.

Di bawah ini pula adalah sampel gambar ketika berada di dalam bangunan atau lokasi dengan pencahayaan malap:

Apa yang saya perasan, hasil gambar masih kekal seimbang dari segi exposure dan tidak terlalu “over-processed”, sesuatu yang penting bagi saya yang gemar menangkap suasana secara spontan.

Zoom Dan Mod Kamera Yang Lebih Praktikal Untuk Situasi Sebenar

Satu lagi aspek yang saya rasa sangat berguna ialah kemampuan zum.

Kedua-dua model hadir dengan kamera telefoto 50MP yang menyokong 5x zum optikal dan sehingga 10x lossless zoom

Dalam situasi lain seperti di acara atau konsert, kemampuan ini sangat membantu apabila kita tidak boleh berada dekat dengan subjek.

Sebagai contoh, ketika berada di bahagian belakang dewan acara, gambar masih boleh diambil dengan jelas tanpa perlu dipotong  terlalu banyak. 

Menariknya, Xiaomi turut memperkenalkan Telephoto Stage Mode yang sangat sesuai untuk rakaman persembahan pentas atau acara langsung. 

Saya boleh katakan mod ini memang memberi nilai tambah kerana hasil rakaman lebih stabil dan fokus pada subjek utama.

Selain itu, Leica Live Moments membantu menghasilkan gambar yang lebih spontan dan semula jadi.

Apa yang menarik kali ini, Xiaomi turut menyertakan mod rakaman 4K 60FPS Movie Mode pada lensa telefoto. Dengan kehadiran mod ini, ia memberikan pilihan efek bokeh bagi menghasilkan video dengan sentuhan lebih sinematik seakan rakaman filem.

Sementara untuk rakaman video biasa pula, peranti ini menyokong sehingga 4K 120FPS yang sesuai digunakan bagi menghasilkan video lebih lancar terutamanya untuk rakaman aksi atau slow-motion berkualiti tinggi.

Bateri Besar Untuk Penggunaan Yang Ekstrem

Dalam penggunaan saya yang agak aktif, bateri memang menjadi faktor utama.

Xiaomi 17T Pro dilengkapi bateri silicon-carbon 7,000mAh dengan 100W HyperCharge serta sokongan pengecasan nirwayar 50W – yang mana pengecas ini ditawarkan sekali sewaktu pembelian. 

Manakala, Xiaomi 17T pula hadir dengan bateri 6,500mAh bersama 67W HyperCharge.

Dalam penggunaan harian sebenar, kapasiti seperti ini memberikan perbezaan yang ketara. Saya boleh keluar dari pagi, menggunakan kamera, media sosial, navigasi, muzik dan masih mempunyai baki bateri sehingga malam tanpa rasa risau berlebihan.

Perkara ini juga mengurangkan kebergantungan kepada powerbank, yang bagi saya satu kelegaan besar terutama ketika bergerak sepanjang hari.

Jika bateri hampir habis, pengecasan pantas 100W juga membantu mengembalikan kuasa dalam masa singkat, jadi tidak perlu menunggu lama sebelum boleh terus digunakan semula.

Prestasi Yang Konsisten Untuk Penggunaan Harian

Dari segi prestasi, Xiaomi 17T Pro dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 9500 bersama sistem penyejukan Xiaomi 3D IceLoop, manakala Xiaomi 17T menggunakan MediaTek Dimensity 8500-Ultra.

Dalam penggunaan sebenar, apa yang saya hargai ialah kelancaran apabila bertukar antara aplikasi. Saya kerap menggunakan kamera, kemudian terus menyunting gambar, membalas mesej, membuka pelayar web dan memainkan muzik secara serentak.

Semua ini berjalan dengan lancar tanpa rasa lag yang mengganggu pengalaman.

Bagi saya, pengalaman sebenar seperti ini lebih penting berbanding sekadar melihat spesifikasi di atas kertas.

Skrin Yang Selesa Untuk Melihat Dan Menyunting Kandungan

Sebagai pengguna yang kerap menyunting gambar terus dalam telefon, paparan skrin memainkan peranan penting.

Xiaomi 17T Pro hadir dengan skrin 6.83 inci 144Hz dengan kecerahan sehingga 3500 nits, manakala Xiaomi 17T pula menawarkan skrin 6.59 inci 120Hz yang lebih kompak.

Dalam penggunaan harian, skrin ini memang menyeronokkan untuk melihat semula hasil gambar dan video, terutamanya apabila warna kelihatan lebih tepat ketika suntingan.

Kadar segar semula yang tinggi juga menjadikan pengalaman tatalan terasa lebih lancar dan responsif.

Saya juga menghargai inisiatif Xiaomi dalam membawakan pensijilan TÜV Rheinland Quadruple Eye Care ini. Ia direka untuk membantu mengurangkan keletihan mata dan menjadikan penggunaan skrin lebih selesa, terutamanya apabila digunakan dalam tempoh yang panjang.

Dan yang menarik juga, Xiaomi merupakan yang pertama membawakan pensijilan Quadraple Eye Care ini pada telefon pintar. 

Telefon All-Rounder Untuk Pengguna Aktif

Secara keseluruhan, siri Xiaomi 17T terasa seperti sebuah telefon yang cuba memberikan keseimbangan antara kamera, bateri dan prestasi.

Pengalaman kamera Leica yang lebih semula jadi, bateri besar yang tahan lama serta prestasi yang stabil menjadikan ia antara peranti yang mudah untuk digunakan sepanjang hari tanpa banyak kompromi.

Oleh itu, jika anda antara pengguna yang kerap mengambil gambar, bergerak sepanjang hari, menghasilkan kandungan media sosial atau mahukan telefon yang tahan lama dari segi bateri, siri Xiaomi 17T memang antara pilihan yang cukup menarik untuk dipertimbangkan.

Bagi anda yang berminat, Xiaomi turut menawarkan siri ini pada harga yang kompetitif mengikut varian storan yang dipilih.

ModelVarianHargaPilihan Warna
Xiaomi 17T Pro12GB + 256GBRM2,899Deep Violet, Deep Blue, Black
12GB + 512GBRM3,199
12GB + 1TBRM3,499
Xiaomi 17T12GB + 256GBRM2,399 (eksklusif atas talian)Violet, Blue, Opal White, Black
12GB + 512GBRM2,499 

Sepanjang tempoh pra-tempah bermula 28 Mei hingga 11 Jun 2026, pembeli juga akan menerima REDMI Pad 2 9.7” secara percuma bernilai RM569, selain manfaat digital tambahan seperti waranti lanjutan dan perlindungan skrin dengan jumlah nilai sehingga RM1,436 bergantung kepada model yang dipilih – yang mana ia tidak tertakluk untuk pembelian model Xiaomi 17T 12GB + 256GB.

Penafian: Ini adalah advertorial dari Xiaomi Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd