BOLON Eyewear x KODAK Lenses Anjur Pop-Up Eksklusif ‘Focus In Style’

June 12, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Dalam dunia hari ini, cermin mata bukan lagi sekadar alat untuk membantu penglihatan. Bagi ramai orang, ia menjadi sebahagian daripada gaya hidup dan aksesori fesyen yang melengkapkan penampilan harian.

Pada masa sama, penggunaan telefon pintar, komputer riba dan tablet yang semakin tinggi turut menjadikan pemilihan lensa yang sesuai lebih penting bagi keselesaan mata.

Menggabungkan kedua-dua elemen ini, BOLON Eyewear bersama KODAK Lenses membawakan acara pop-up eksklusif bertemakan “Focus In Style”, yang mengetengahkan gabungan fesyen moden dan teknologi optik dalam satu pengalaman interaktif.

Diinspirasikan daripada identiti ikonik KODAK, ruang pop-up ini bakal menampilkan suasana retro moden yang menarik, di samping memberi peluang kepada pengunjung melihat lebih dekat koleksi bingkai terkini daripada BOLON serta teknologi lensa yang direka untuk kegunaan harian.

BOLON Eyewear sememangnya dikenali dengan rekaan minimalis dan elegan yang menitikberatkan keselesaan pemakai. Antara ciri yang menjadi kelebihannya ialah konsep Asian Fit, di mana bingkai direka mengikut struktur wajah pengguna Asia bagi memberikan padanan yang lebih selesa sepanjang hari.

Penggunaan bahan premium seperti beta-titanium dan resin memori TR90 dari Switzerland turut menjadikan bingkai lebih ringan dan tahan lasak.

Selain penampilan, aspek perlindungan mata juga diberi perhatian menerusi teknologi daripada KODAK Lenses.

Dalam era digital, ramai menghabiskan masa berjam-jam di hadapan skrin, sama ada untuk bekerja, belajar atau hiburan. Keadaan ini boleh menyumbang kepada keletihan mata digital.

Antara teknologi yang bakal diketengahkan ialah KODAK EvoCity hadir dengan pelbagai ciri yang direka untuk menyesuaikan diri dengan keperluan harian. Lensa ini dilengkapi teknologi fotokromik yang membolehkan ia berubah warna mengikut tahap pencahayaan persekitaran, sekaligus memberikan keselesaan sama ada di dalam atau luar bangunan.

Selain itu, KODAK EvoCity turut menawarkan ciri Night Vision Enhancement untuk membantu meningkatkan kejelasan penglihatan dalam keadaan kurang cahaya, perlindungan daripada sinaran UV, serta penapis cahaya biru-ungu (blue-violet protecting filter) bagi menyokong keselesaan mata ketika menggunakan peranti digital.

Gabungan ciri-ciri ini menjadikan KODAK EvoCity sesuai digunakan untuk pelbagai aktiviti harian, daripada bekerja di hadapan komputer sehinggalah memandu atau melakukan aktiviti luar, tanpa perlu kerap bertukar kepada cermin mata yang berbeza.

Selain itu, KODAK Unique Infinite Lenses turut diperkenalkan sebagai pilihan untuk individu yang menjalani gaya hidup aktif dan sentiasa bergerak.

Lensa ini menampilkan teknologi Dynamic Viewing Stabilization, yang direka untuk memberikan pengalaman penglihatan yang lebih stabil dan lancar ketika pengguna mengubah fokus atau bergerak dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain.

Dengan teknologi ini, pemakai dapat menikmati tahap keselesaan visual yang lebih baik dalam pelbagai situasi harian, menjadikannya sesuai untuk mereka yang mempunyai rutin kerja dan gaya hidup yang dinamik tanpa mengorbankan kualiti penglihatan.

Melalui acara “Focus In Style”, pengunjung bukan sahaja berpeluang mencuba koleksi bingkai terbaharu, malah boleh menyertai pelbagai aktiviti interaktif serta membawa pulang barangan eksklusif yang disediakan sepanjang program berlangsung.

Bagi mereka yang mencari keseimbangan antara gaya dan fungsi, kolaborasi BOLON Eyewear dan KODAK Lenses ini menawarkan satu pengalaman yang menarik.

Ia memperlihatkan bagaimana aksesori harian seperti cermin mata boleh tampil bergaya sambil memberikan sokongan terhadap keselesaan penglihatan dalam gaya hidup digital masa kini.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd