Fossil Hadir Dengan Koleksi Jam Tangan Dan Aksesori Terbaharu

June 12, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Fossil Malaysia memperkenalkan koleksi Summer 2026 yang mengetengahkan gabungan rekaan klasik dan sentuhan moden menerusi pilihan jam tangan, aksesori serta beg yang sesuai digayakan dalam pelbagai situasi harian.

Koleksi ini turut dipilih untuk diserlahkan bersama rakan jenama mereka, Kim Myung Soo atau lebih dikenali sebagai L, yang terkenal dengan gaya minimalis dan elegan.

Antara produk yang menjadi tumpuan ialah Townsman Automatic Brown Leather Watch (ME3110) yang menampilkan inspirasi rekaan vintaj dengan dail biru satin dan tali kulit perang, menjadikannya sesuai untuk gaya kasual mahupun formal.

Bagi mereka yang mencari aksesori lebih unik, Harlow Watch Ring (ES5482) menggabungkan fungsi cincin dan jam tangan dalam satu rekaan kompak dengan kemasan keluli tahan karat.

Fossil turut menawarkan Woven Blue and Black Leather Bracelet (JF04985040) yang menggunakan gabungan kulit tenunan berwarna biru dan hitam untuk penampilan lebih santai tetapi tetap premium.

Melengkapkan koleksi ini ialah Jessie Top Zip Tote (ZB11105001), beg kulit dengan ruang simpanan yang luas dan rekaan praktikal untuk kegunaan harian.

Sempena pelancaran koleksi tersebut, Fossil Malaysia akan menganjurkan acara eksklusif bersama Kim Myung Soo pada 28 Jun 2026, dari jam 2 petang hingga 4 petang di butik Fossil, IOI City Mall, Putrajaya.

Acara ini diadakan secara jemputan khas, namun orang ramai masih berpeluang untuk menyertainya menerusi kempen pembelian yang berlangsung dari 9 hingga 21 Jun 2026.

Pelanggan yang membuat pembelian minimum RM500 dalam satu resit di mana-mana butik Fossil Malaysia atau pengedar sah terpilih akan menerima satu penyertaan. Seramai 25 pemenang akan dipilih secara rawak dan diumumkan melalui e-mel pada 23 Jun 2026.

Pemenang bertuah bukan sahaja dapat melihat Kim Myung Soo secara langsung, malah akan menikmati sesi bergambar secara individu bersama beliau.

Mereka juga akan menerima beberapa cenderamata eksklusif termasuk bekas jam tangan yang ditandatangani, photocard bertandatangan dan hadiah misteri.

Bagi yang berminat, kesemua produk dalam koleksi Summer 2026 ini kini boleh didapati di butik-butik Fossil Malaysia dan juga menerusi platform atas talian rasmi Fossil.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd