Cuaca Panas Di Malaysia – Mengapa Perlindungan UV Pada Pakaian Juga Penting?
Lina Rosli
Di Malaysia, cuaca panas dan lembap sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.
Oleh yang demikian, ramai dalam kalangan individu yang kini memilih pakaian yang ringan dan selesa untuk mengurangkan rasa bahang. Walau bagaimanapun, ramai juga mungkin terlepas pandang satu perkara penting – perlindungan daripada sinaran ultra-ungu (UV).

Secara umumnya, ramai beranggapan memakai baju berlengan panjang sudah mencukupi untuk melindungi kulit daripada matahari. Hakikatnya, tidak semua fabrik atau pakaian direka untuk memberikan perlindungan terhadap sinaran UV.
Sesetengah pakaian hanya menutupi kulit tanpa menawarkan ciri khas yang mampu menghalang pendedahan sinaran tersebut.

Perkara ini menjadi lebih relevan ketika Malaysia melalui tempoh cuaca yang lebih panas dan kering. Walaupun kita tidak menghabiskan masa di pantai atau melakukan aktiviti luar yang lasak, pendedahan kepada cahaya matahari tetap berlaku ketika berjalan ke tempat letak kereta, menunggu pengangkutan, keluar makan tengah hari atau melakukan urusan harian.
Atas sebab itu, perlindungan matahari tidak seharusnya terhad kepada penggunaan pelindung matahari (sunscreen) semata-mata. Pemilihan pakaian juga boleh memainkan peranan dalam membantu mengurangkan pendedahan kepada sinaran UV.

Oleh itu, memahami akan keperluan ini, UNIQLO menawarkan rangkaian pakaian UV Protection yang direka untuk menyekat sehingga 90% sinaran UV, dengan beberapa produk luarannya dilengkapi penarafan UPF50+.
Selain pakaian, syarikat itu turut menyediakan aksesori seperti cermin mata hitam dengan lensa UV400 yang membantu menapis sehingga 99% sinaran UV.

Bagi memastikan keselesaan dalam cuaca panas dan lembap, UNIQLO turut menggabungkan teknologi AIRism, yang direka untuk membantu pengguna kekal selesa dengan fabrik yang sesuai untuk iklim tropika.
Walaupun perlindungan UV sering dikaitkan dengan aktiviti luar seperti mendaki atau bercuti di pantai, hakikatnya pendedahan harian di bandar juga boleh memberi kesan kepada kulit.
Oleh itu, selain memilih pakaian yang selesa dipakai, pengguna juga boleh mempertimbangkan ciri perlindungan UV sebagai salah satu faktor ketika memilih pakaian harian.