Herschel Malaysia X Minecraft Menampilkan Koleksi Beg Dan Aksesori Edisi Terhad

June 25, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Herschel Malaysia secara rasmi memperkenalkan koleksi istimewa Herschel × Minecraft – yang merupakan koleksi edisi terhad yang menggabungkan rekaan ikonik Herschel dengan dunia Minecraft.

Untuk koleksi Herschel x Minecraft ini, mereka hadir dengan enam corak khas yang diinspirasikan daripada permainan video tersebut. Ia merangkumi pelbagai beg dan aksesori harian yang menampilkan visual serta elemen yang cukup dikenali oleh peminat Minecraft.

Bagi koleksi dewasa, reka bentuknya mengambil inspirasi daripada tiga dimensi utama dalam permainan iaitu Overworld, Nether dan End.

Sementara itu, beberapa produk untuk remaja, kanak-kanak dan aksesori turut menampilkan watak popular seperti Creeper, Enderman dan Pink Sheep.

Selain produk fizikal, kerjasama ini turut diperluaskan ke dalam dunia digital menerusi Herschel Backpack Trials untuk Minecraft: Bedrock Edition.

Tambahan kandungan yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Minecraft Marketplace itu memperkenalkan beg galas Herschel dalam permainan, membolehkan pemain menyimpan sehingga 442,368 item apabila digunakan sepenuhnya.

Sepanjang acara pelancaran, para tetamu berpeluang melihat sendiri koleksi tersebut selain menyertai pelbagai aktiviti bertemakan Minecraft seperti seni kraf bunga, sesi permainan, penghasilan kandungan digital dan aktiviti rangkaian bersama komuniti pencipta kandungan.

Antara tarikan utama yang mencuri perhatian ialah pengenalan Event-Exclusive Orange Block Backpack, sebuah beg galas yang diinspirasikan daripada bentuk blok ikonik Minecraft.

Menariknya, produk ini dihasilkan khas sempena pelancaran di Malaysia dan tidak dijual kepada orang ramai, sekaligus menjadikannya item koleksi eksklusif.

Bagi memanjangkan kemeriahan pelancaran, pemasangan khas Herschel × Minecraft di ATO Gaming Café TTDI akan dibuka kepada orang awam untuk tempoh terhad. Pengunjung boleh melihat paparan tersebut, merakam gambar atau video, serta berkongsi pengalaman mereka di media sosial.

Mereka yang memuat naik kandungan di Instagram atau Facebook dengan menandakan akaun @herschelsupplymalaysia dan @atogamingcafe berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi Exclusive Minecraft Herschel Orange Block Backpack.

Penyertaan tambahan juga diberikan kepada pelanggan yang membuat pembelian di mana-mana kedai Herschel di seluruh negara atau melalui laman web rasmi sepanjang tempoh kempen.

Koleksi Herschel × Minecraft kini boleh didapati di semua kedai Herschel di Malaysia serta menerusi platform atas taliannya pada harga bermula RM169 untuk beg sling manakala RM299 untuk beg galas.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd