L’Oréal Professionnel Memperkenalkan Keratin Alpha Sleek Untuk Rawatan Rambut Di Rumah

June 30, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

Rambut yang mudah mengembang, sukar diurus dan mengambil masa lama untuk digayakan antara masalah yang sering dihadapi, terutama dalam cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia.

Bagi mendapatkan rambut yang lebih licin dan teratur, ramai memilih rawatan di salon, namun ia memerlukan kos yang lebih tinggi serta penjagaan berkala.

L’Oréal Professionnel Paris kini memperkenalkan Keratin Alpha Sleek, rangkaian penjagaan rambut yang direka untuk memberikan hasil seperti rawatan salon di rumah.

Menurut L’Oréal, produk ini dibangunkan selepas hasil penyelidikan selama 15 tahun dan disokong oleh empat paten teknologi, rangkaian ini membantu mengurangkan rambut mengembang serta mengekalkan rambut lebih licin sehingga dua minggu atau sekitar 10 kali cucian.

Apa yang membezakan Keratin Alpha Sleek ialah teknologi Keratin Alpha yang bertindak pada struktur dalaman rambut dan bukan sekadar melapisi permukaannya.

Teknologi ini membantu menyusun semula struktur keratin bagi menghasilkan rambut yang lebih kemas, licin dan mudah diurus tanpa menjadikannya kelihatan terlalu rata atau kaku. Ia juga sesuai digunakan pada pelbagai jenis rambut termasuk rambut yang telah diwarnakan.

Rangkaian ini menggunakan rutin penjagaan tiga langkah yang mudah, iaitu:

  • Langkah pertama ialah Alpha Sleek Shampoo. Ia merupakan syampu bebas sulfat, alkohol dan pewarna tiruan yang membersihkan rambut sambil menyediakan helaian rambut sebelum rawatan.
  • Langkah seterusnya ialah Smooth Transformer yang merupakan produk utama dalam rangkaian ini. Formula yang diaktifkan dengan haba ini disapu pada rambut selama 10 hingga 15 minit sebelum dibilas.

Untuk hasil yang lebih optimum, rambut disyorkan dikeringkan menggunakan pengering rambut dan diikuti dengan penggunaan seterika rambut bagi membantu mengunci formula pada helaian rambut. Penggunaan secara konsisten sekali seminggu selama empat minggu dikatakan mampu memberikan hasil yang semakin ketara.

  • Langkah terakhir, Mirror Sleek Serum pula membantu mengunci kelembapan, memberikan perlindungan haba sehingga 230°C serta melindungi rambut daripada kesan kelembapan udara yang boleh menyebabkan rambut kembali mengembang.

Bagi rutin cucian yang lain sepanjang minggu, L’Oréal Professionnel turut mengesyorkan penggunaan Alpha Sleek Mask bagi membantu mengekalkan kelembapan dan memastikan rambut kekal lembut serta mudah diurus.

Menurut ujian yang dijalankan oleh L’Oréal Professionnel, penggunaan rutin lengkap Keratin Alpha Sleek membantu menjadikan masa menggayakan rambut sehingga dua kali lebih pantas.

Rangkaian ini juga dikatakan mampu menghasilkan rambut sehingga 24 kali lebih licin, mengurangkan risiko rambut patah sehingga 95% serta meningkatkan kilauan rambut sehingga 74%.

Bagi yang berminat, rangkaian L’Oréal Professionnel Keratin Alpha Sleek kini boleh didapati di salon-salon rasmi L’Oréal Professionnel dan pengedar sah terpilih.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd