Sunshine Bakeries Bawakan Siri Dorayaki Dengan Lima Perisa Unik – Termasuk Musang King

July 1, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Sunshine Bakeries kini hadir dengan siri Sunshine Dorayaki yang membawakan inspirasi snek popular Jepun dengan pilihan perisa yang disesuaikan untuk cita rasa rakyat Malaysia.

Rangkaian ini hadir dengan lima pilihan inti iaitu Durian Musang King, Cheese, Azuki Red Bean, Taro dan Matcha.

Untuk siri Dorayaki ini, ia menggunakan susu Hokkaido bagi menawarkan tekstur pankek yang lembut dan gebu dengan inti yang berkrim. Gabungan ini memberikan pengalaman menikmati dorayaki yang lebih memuaskan, sama ada sebagai snek ketika waktu rehat, minum petang mahupun pencuci mulut.

Antara tarikan utama ialah perisa Durian Musang King, yang diinspirasikan daripada kejayaan Roti Berkrim Durian Musang King yang diperkenalkan Sunshine Bakeries pada tahun lalu. Kali ini, rasa durian yang lebih kaya dipadankan dengan pankek lembut ala Jepun, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk penggemar durian.

Bagi mereka yang menggemari cita rasa klasik Jepun, Azuki Red Bean dan Matcha menawarkan pengalaman yang lebih asli.

Untuk perisa Azuki Red Bean, ia rasa manis kacang merah yang sinonim dengan dorayaki tradisional, manakala Matcha memberikan gabungan rasa teh hijau yang seimbang antara manis dan sedikit pahit.

Sementara itu, perisa Cheese tampil dengan rasa berkrim dan sedikit masin untuk mereka yang mahukan kelainan, manakala Taro menawarkan rasa keledek ungu yang lembut dengan kemanisan yang tidak terlalu kuat.

Dengan lima pilihan perisa berbeza, Sunshine Dorayaki sesuai dinikmati pada bila-bila masa, sama ada sebagai snek ketika bekerja, teman minum petang atau ketika ingin menikmati sesuatu yang ringan.

Sunshine Dorayaki kini boleh didapati di peruncit utama dan kedai serbaneka di sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Ipoh, Kuantan, Alor Setar, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

Produk ini juga telah mendapat pensijilan halal, sekali gus menawarkan pilihan snek ala Jepun yang boleh dinikmati oleh lebih ramai rakyat Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd