Program Pembaharuan Teksi MADANI Dilancarkan, Proton S70 Antara Model Baharu Yang Diperkenalkan

July 3, 2026
Automotif

Lina Rosli

Kerajaan baru-baru ini telah melancarkan Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional sebagai inisiatif untuk memperbaharui industri teksi negara menerusi penggantian kenderaan lama kepada model yang lebih moden, selamat dan cekap tenaga.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Merdeka itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menjadi antara usaha kerajaan dalam memperkukuh sistem pengangkutan awam di samping meningkatkan kebajikan pemandu teksi di seluruh negara.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta bagi menyokong pemerkasaan industri teksi serta membantu meningkatkan taraf hidup pemandu.

Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional memberi tumpuan kepada usaha menggantikan teksi-teksi lama dengan kenderaan yang menawarkan tahap keselamatan lebih baik, penggunaan bahan api yang lebih cekap serta keselesaan yang lebih tinggi kepada pemandu dan penumpang.

Melalui program ini, pemandu teksi diberikan kemudahan pembiayaan untuk menggantikan teksi lama kepada kenderaan baharu, termasuk Proton S70, yang diperkenalkan sebagai antara model bagi inisiatif tersebut.

Menurut Perdana Menteri, program itu dijangka membantu meningkatkan pendapatan bersih pemandu teksi daripada sekitar RM5,000 kepada RM7,000 sebulan melalui pengurangan kos penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan.

Inisiatif ini juga selari dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam serta menggalakkan penggunaan kenderaan yang lebih moden dan mesra alam.

Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional merupakan antara langkah kerajaan dalam memperkukuh ekosistem pengangkutan awam negara, selain memastikan industri teksi terus kekal relevan seiring perubahan keperluan mobiliti masa kini.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd