LARRIE Melancarkan Kempen ‘Travel with LARRIE 2026’ Sempena Tahun Melawat Malaysia

July 3, 2026
Hotel & Pelancongan

Lina Rosli

LARRIE pada tahun ini kembali dengan kempen Travel with LARRIE 2026, sebuah peraduan yang menawarkan peluang kepada pelanggan memenangi pelbagai hadiah percutian sambil menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia meneroka destinasi menarik di seluruh negara.

Kempen yang berlangsung dari 1 Julai hingga 30 September 2026 ini merupakan sebahagian daripada usaha LARRIE menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026/27 selain turut menghargai pelanggan setia menerusi hadiah-hadiah bernilai keseluruhan sehingga RM50,000.

Untuk menyertai peraduan, pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum RM100 dalam satu resit di mana-mana cawangan atau saluran rasmi LARRIE yang mengambil bahagian.

Sepanjang tempoh kempen, peserta berpeluang memenangi tiga hadiah utama berupa pakej percutian ke destinasi menarik di Malaysia, selain 24 hadiah bulanan yang merangkumi penginapan hotel dan baucar produk LARRIE.

Seramai lapan pemenang akan dipilih setiap bulan, manakala pemenang hadiah utama akan diumumkan pada acara Grand Finale yang dijadual berlangsung pada Oktober 2026.

Menurut LARRIE, kempen ini bukan sekadar memberi ganjaran kepada pelanggan, malah bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia menghargai kepelbagaian destinasi pelancongan tempatan yang kaya dengan warisan budaya, alam semula jadi dan keunikan setiap negeri.

Bersempena pelancaran itu, LaLaport BBCC turut menganjurkan LaLaport Fair yang menawarkan promosi istimewa untuk beberapa jenama di bawah Kumpulan LARRIE, termasuk LARRIE Men & Ladies, VKI Ladies dan NYC Ladies.

Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai pilihan kasut seperti kasut sukan, sandal, kasut kasual dan kasut tumit tinggi dengan harga promosi bermula dari RM69, selain menikmati pelbagai tawaran diskaun untuk jenama seperti Corrado dan Camel Active.

Maklumat lanjut mengenai kempen, syarat penyertaan dan promosi semasa boleh didapati menerusi platform rasmi LARRIE.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd