Laura Mercier Hadir Dengan Translucent Loose Setting Powder Ultra Blur Baharu – Pilihan Warna Mint
Lina Rosli
Laura Mercier memperluaskan rangkaian bedak ikoniknya menerusi pelancaran Translucent Loose Setting Powder Ultra Blur dalam rona baharu iaitu mint, yang direka khas untuk membantu meneutralkan kemerahan pada kulit sambil memberikan kemasan solekan yang lebih sekata.
Untuk varian baharu ini, ia didatangkan dalam rona hijau pudina yang mana bedak ini menggunakan konsep pembetulan warna bagi mengimbangi tona kemerahan pada wajah tanpa menutup tekstur semula jadi kulit.
Hasilnya, kulit kelihatan lebih seimbang dengan kemasan yang lembut dan semula jadi.

Selain berfungsi sebagai bedak penetap solekan, formulanya turut diperkaya dengan asid hialuronik yang membantu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari serta menyokong fungsi lapisan perlindungan kulit.
Bukan itu sahaja, bedak ini dikatakan berupaya menetapkan solekan sehingga 16 jam dengan tekstur yang ringan dan selesa dipakai tanpa memberikan rasa berat pada wajah.

Bagi mendapatkan hasil terbaik, pengguna disarankan menggunakan Velour Puff dengan teknik menekan dan menggolekkan bedak pada kulit bagi menghasilkan kemasan yang lebih sekata.
Untuk kawasan tertentu yang mempunyai kemerahan, bedak juga boleh disapu menggunakan berus solekan bersaiz kecil bagi aplikasi yang lebih tepat.
Bagi yang berminat, Laura Mercier Translucent Loose Setting Powder Ultra Blur Mint ditawarkan pada harga RM289, manakala saiz Travel dijual pada harga RM155.

Untuk mendapatkannya, produk ini kini boleh didapati di butik Laura Mercier di Mid Valley Megamall, Pavilion Kuala Lumpur dan 1 Utama – turut ditawarkan melalui platform atas-talian Zalora, Shopee dan Lazada.
Ia juga akan mula ditawarkan di Sephora Malaysia bermula 7 Julai 2026.