Festa D’Oro 2026 – HABIB Raikan Seni Pertukangan Itali Menerusi Koleksi Oro Italia 916
Lina Rosli
Barangan kemas Itali sering dikaitkan dengan rekaan yang elegan, ketelitian pertukangan dan nilai yang mampu bertahan merentasi zaman.
Di sebalik setiap rekaan, tersimpan warisan seni pembuatan yang telah berkembang selama ratusan tahun, menjadikan Itali antara negara paling berpengaruh dalam dunia barang kemas mewah.
Keunikan inilah yang menjadi inspirasi kepada Festa D’Oro 2026, kempen tahunan HABIB yang berlangsung dari 3 hingga 30 Julai 2026 di semua bilik pameran HABIB di seluruh negara.

Menerusi kempen ini, HABIB mengetengahkan koleksi Oro Italia 916 yang menggabungkan kemewahan emas 916 dengan sentuhan rekaan kontemporari Itali.
Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib, kempen ini mencerminkan komitmen syarikat untuk terus memperkenalkan koleksi yang menggabungkan ketukangan bertaraf antarabangsa dengan kualiti dan kepercayaan yang telah menjadi identiti HABIB sejak sekian lama.
Koleksi Oro Italia 916 Yang Ditawarkan
Antara koleksi yang menjadi tumpuan ialah Cavo, yang terkenal dengan reka bentuk berinspirasikan lilitan tali. Untuk koleksi ini, ia ditawarkan dalam pilihan emas kuning, emas putih dan emas ros – merupakan antara yang paling dikenali dalam rangkaian Oro Italia 916.

Bagi mereka yang mahukan penampilan lebih moden, Black Cavo pula tampil dengan kemasan black rhodium yang menyerlahkan karakter lebih berani tanpa menghilangkan elemen klasiknya.

Kempen ini turut memperkenalkan evolusi beberapa koleksi lain, termasuk Sicilia yang diinspirasikan daripada keindahan Pulau Sicily.
Koleksi ini mengetengahkan gabungan permukaan berkilat dan kemasan seakan berlian bagi menghasilkan tekstur yang lebih sofistikated.

Beads Planet pula kini hadir dengan rekaan manik berbentuk bujur yang dihasilkan secara buatan tangan oleh artisan Itali, menawarkan pilihan emas kuning, emas putih dan dwi-warna.


Bagi pencinta rekaan yang lebih menonjol, koleksi Stella tampil dengan kemasan diamond cut yang memberikan pantulan cahaya lebih memukau.
Pada masa sama, HABIB turut memperkenalkan Valora, koleksi baharu yang diinspirasikan daripada ketahanan pokok buluh. Rekaan ini menggabungkan elemen kekuatan dan keanggunan, sesuai dengan gaya wanita moden.


Lebih menarik, HABIB turut membawa tiga wakil rakan kerjasama Oro Italia 916 dari Itali iaitu Paolo, Damiano dan Giovanni untuk berkongsi pengalaman mengenai warisan, falsafah reka bentuk serta seni pertukangan di sebalik setiap koleksi.
Kehadiran mereka memberi peluang kepada pelanggan memahami dengan lebih dekat proses penghasilan barang kemas Itali yang terkenal dengan ketelitian dan kemasan berkualiti tinggi.

Selain menampilkan pelbagai koleksi, HABIB turut berkongsi panduan penjagaan barangan kemas bagi memastikan setiap rekaan Oro Italia 916 terus mengekalkan kilauan dan keindahannya untuk jangka masa panjang.
Kempen Festa D’Oro 2026 berlangsung sehingga 30 Julai 2026 di semua bilik pameran HABIB di seluruh Malaysia.
Bagi mereka yang ingin melihat sendiri koleksi Oro Italia 916, inilah masanya untuk meneroka kehalusan seni pertukangan Itali yang diterjemahkan ke dalam rekaan emas 916 yang elegan dan versatil.