PRN Johor 2026 – Ini 7 Promosi Yang Boleh Anda Tebus Selepas Mengundi

July 9, 2026
Promosi

Lina Rosli

Bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 yang akan berlangsung pada 11 Julai 2026, orang ramai bukan sahaja akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, malah turut berpeluang menikmati pelbagai promosi dan tawaran istimewa daripada pelbagai jenama makanan dan minuman selepas mengundi.

Apa yang menarik, kebanyakan tawaran ini hanya memerlukan anda menunjukkan jari yang mempunyai kesan dakwat mengundi ketika membuat pembelian di premis yang mengambil bahagian.

Bagi yang ingin menebus promosi dan diskaun yang ditawarkan, berikut ialah senarai lokasi yang boleh anda kunjungi:

#1 The Coffee Bean & Tea Leaf

Khusus untuk anda yang menggemari pilihan minuman dari The Coffee Bean & Tea Leaf, anda boleh menikmati diskaun 20% untuk pembelian di kafe-kafe terpilih mereka di Johor sempena PRN Johor 2026.

Promosi ini sah untuk pembelian di kedai melibatkan makanan, minuman dan barangan (merchandise). Untuk menikmati tawaran ini, pelanggan hanya perlu menunjukkan jari yang telah dicelup dakwat sebagai bukti telah mengundi.

Walau bagaimanapun, promosi ini hanya sah di cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf di Johor dan tidak boleh digabungkan dengan promosi, diskaun, baucar atau tawaran lain yang sedang berlangsung.

#2 Bask Bear Coffee & Toasties

Tidak ketinggalan, Bask Bear turut menawarkan promosi istimewa kepada pengundi di Johor. Pengunjung yang membeli mana-mana Toastie bernilai RM10 dan ke atas akan menerima satu minuman percuma bersaiz kecil.

Pelanggan boleh memilih salah satu daripada tiga pilihan minuman iaitu Americano, Café Latte atau Grapefruit Yuzu Fizz.

Promosi ini hanya sah untuk pengundi Johor yang menunjukkan jari bertanda dakwat sebagai bukti telah mengundi.

#3 Kopi Saigon

Kopi Saigon pula menawarkan promosi khas di semua cawangannya di Johor pada 11 Julai 2026.

Pengundi yang menunjukkan jari bertanda dakwat boleh menikmati dua minuman Kopi Saigon bersaiz Regular pada harga RM7.90 menerusi satu resit pembelian.

Promosi ini hanya sah untuk 100 pelanggan pertama di setiap cawangan dan tertakluk kepada terma serta syarat yang ditetapkan.

#4 Marrybrown

Marrybrown turut menawarkan ganjaran istimewa kepada pengundi sempena PRN Johor 2026. Terhad hanya pada 11 Julai 2026, pelanggan yang menunjukkan jari bertanda dakwat boleh menebus 1 ketul Ayam Goreng MB secara percuma dengan setiap pembelian MB Combo.

Promosi ini sah di semua restoran Marrybrown di Johor, kecuali cawangan Johor Premium Outlets (JPO) dan Lapangan Terbang Senai. Ia juga boleh dinikmati untuk dine-in, bawa pulang (takeaway) dan pandu lalu (drive-thru).

Harus diingatkan, setiap pelanggan dihadkan kepada satu penebusan sahaja, sementara stok masih ada dan tertakluk kepada terma serta syarat yang ditetapkan.

#5 Krispy Kreme

Bagi peminat donut, Krispy Kreme menawarkan Original Glazed pada harga hanya RM2.

Promosi ini hanya sah di semua cawangan Krispy Kreme di Johor pada 11 Julai 2026, dengan syarat pelanggan menunjukkan jari berdakwat.

Harus diingatkan, tawaran ini terhad kepada satu penebusan bagi setiap pengundi.

#6 Burger King

Burger King turut sama-sama meraikan pengundi Johor dengan menawarkan ganjaran istimewa pada hari mengundi, 11 Julai 2026.

Selepas selesai mengundi, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana set hidangan (meal set) dan menunjukkan jari bertanda dakwat untuk menikmati Soft Serve Cone percuma.

Promosi ini sah untuk satu Soft Serve Cone bagi setiap pembelian set hidangan dan tertakluk kepada terma serta syarat yang ditetapkan.

#7 IKEA Tebrau

Selain rangkaian restoran makanan segera, IKEA Tebrau turut menawarkan beberapa promosi khas sempena PRN Johor bermula 10 hingga 12 Julai 2026.

Promosi ini boleh ditebus di Swedish Restaurant, Swedish Food Market, Swedish Bistro dan Swedish Café, bergantung kepada produk yang ditawarkan.

Antara tawaran yang disediakan termasuk:

Jika anda berada di Johor dan telah selesai mengundi, ini mungkin peluang untuk menikmati sedikit ganjaran sambil menjamu selera atau menikmati secawan kopi.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd