PUMA Tacklette Kini Di JD Sports Malaysia – Kasut Mary Jane Dengan Sentuhan Sporty
Lina Rosli
PUMA baru-baru ini memperkenalkan Tacklette, siluet kasut baharu yang direka khas untuk wanita.
Bagi yang tidak mengetahui, kasut ini menggabungkan elemen kasut sukan klasik dengan rekaan Mary Jane – yang mana ia menawarkan gaya terrace yang diinspirasikan daripada warisan sukan PUMA dalam penampilan yang lebih moden dan feminin.

Tacklette menampilkan bahagian atas berinspirasikan kasut Mary Jane bersama rekaan T-toe ikonik, selain menggunakan gabungan material suede dan kulit yang memberikan kemasan lebih premium.
Kasut ini juga turut dipadankan dengan tapak getah berprofil rendah serta kemasan menyerupai tapak crepe, menjadikannya sesuai digayakan untuk pelbagai penampilan harian.

Dari segi keselesaan, Tacklette dilengkapi dengan SoftFoam+ sockliner yang menawarkan kusyen tambahan bagi memberikan pengalaman pemakaian yang lebih selesa sepanjang hari.
Bersempena pelancarannya, PUMA dan JD Sports turut memperkenalkan JD Sports Exclusive Tacklette Charm, versi eksklusif yang hanya boleh didapati di JD Sports.

Model ini menampilkan aksesori gantungan (charm) berinspirasikan bunga sakura, memberikan sentuhan yang lebih feminin sambil mengekalkan identiti sporty pada rekaan asal Tacklette.
Tacklette Charm ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu:
- PUMA Black / Mauve Mist Gum
- Dark Chocolate / Warm White Gum
Bagi model standard Tacklette, ia hadir dalam dua pilihan warna:
- PUMA Black / PUMA White
- Jasmine Flower / PUMA White

Bagi yang berminat, PUMA Tacklette dan JD Sports Exclusive Tacklette Charm akan mula dijual pada 9 Julai 2026 dengan harga RM329. Kedua-dua model ini boleh didapati secara eksklusif di cawangan JD Sports terpilih serta platform atas talian JD Sports.