Burger King Malaysia Lancar KingCam Mini Camera Edisi Terhad Bersama Coca-Cola
Lina Rosli
Burger King Malaysia tampil dengan kolaborasi baharu bersama Coca-Cola menerusi pelancaran KingCam Mini Camera, kamera mini edisi terhad yang boleh dimiliki secara eksklusif melalui kempen Vibe Check with KingCam Mini Camera bermula 13 Julai 2026.
Kempen ini menggabungkan pengalaman menjamu selera dengan koleksi eksklusif yang direka untuk merakam momen bersama keluarga dan rakan-rakan.
Bagi yang berminat, KingCam Mini Camera didatangkan bersama kad SD 1GB dengan nilai runcit RM99, namun boleh dimiliki pada harga RM59.90 menerusi tawaran beli-dengan-beli.

Untuk mendapatkan kamera ini, pelanggan perlu membeli salah satu daripada dua set hidangan yang layak sama ada Set Hidangan Medium Nachos Cheese Deluxe bersama 4 ketul Nuggets pada harga RM25.95 atau Set Hidangan Medium Ayam Goreng 2 Ketul bersama Nachos Cheese Dunk pada harga RM27.40.
Kini, KingCam Mini Camera boleh didapati di cawangan Burger King yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia mulai 13 Julai 2026, sementara stok masih ada.