CBTL x Wunderbath Hadir Dengan Wangian Swedish Berries Mixer
Lina Rosli
Baru-baru ini, The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) Malaysia memperkenalkan siri minuman baharu dikenali sebagai MIXERS, yang menawarkan pilihan minuman menyegarkan berasaskan Ceylon Tea dan Swedish Berries.
Antara pilihan yang ditawarkan ialah Passionfruit Pineapple Ceylon Mixer with Mango Jelly, Passionfruit Mango Ceylon Mixer with Mango Jelly, Watermelon Lychee Ceylon Mixer, Kyoho Grape Longan Mixer dan Strawberry Mint Mixer.

Pada masa sama, CBTL Malaysia turut menjalinkan kolaborasi bersama jenama penjagaan diri tempatan, Wunderbath, bagi membawakan pengalaman yang menggabungkan minuman dan wangian dalam satu kempen.
Menerusi kolaborasi ini, Wunderbath memperkenalkan Fine Fragrance Mist yang diinspirasikan daripada profil aroma Swedish Berries, sama seperti salah satu siri minuman MIXERS yang diperkenalkan CBTL.

Wangian ini diformulasikan tanpa alkohol dan sesuai digunakan pada kulit, sekaligus membolehkan pengguna menikmati aroma Swedish Berries bukan sahaja sebagai minuman, malah sebagai wangian harian.
Menurut CBTL Malaysia, kerjasama bersama Wunderbath menggabungkan elemen makanan dan minuman dengan produk penjagaan diri bagi menawarkan pengalaman sensori yang lebih menyeluruh kepada pengguna.
Bagi yang berminat, Fine Fragrance Mist ini boleh didapati di cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf di seluruh Malaysia selagi stok masih ada.