Luckin Coffee Buka Tiga Cawangan Di Johor – Kini Miliki Lebih 120 Cawangan Di Malaysia

July 20, 2026
Kopi

Lina Rosli

Luckin Coffee meneruskan pelan pengembangannya di Malaysia dengan memasuki pasaran selatan menerusi pembukaan cawangan pertamanya di Johor Bahru.

Perkembangan ini hadir selepas jenama kopi global tersebut berjaya melepasi 120 cawangan di seluruh negara sejak memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2025.

Selepas membuka cawangan di Seremban pada Mei lalu, kemasukan ke Johor dilihat sebagai langkah strategik bagi memperluaskan rangkaian di luar Lembah Klang.

Selain meningkatkan kehadiran jenama, pengembangan ini turut menyokong pembangunan rantaian bekalan tempatan, mewujudkan peluang pekerjaan dan membawa pengalaman menikmati kopi premium kepada lebih ramai pengguna.

Setakat ini, Luckin Coffee telah membuka tiga cawangan di Johor Bahru iaitu di Sutera Mall, Austin Heights dan Taman Ungku Tun Aminah. Kehadiran serentak di tiga lokasi ini membolehkan lebih ramai pengguna menikmati pilihan kopi dan minuman istimewa yang ditawarkan jenama tersebut.

Seperti di cawangan lain, pelanggan boleh membuat pesanan sepenuhnya melalui aplikasi mudah alih Luckin Coffee, sekali gus menawarkan pengalaman pembelian yang lebih pantas dan mudah.

Bagi meraikan pengembangan ke Johor, pengguna baharu aplikasi Luckin Coffee boleh menikmati secawan kopi pertama pada harga serendah RM2.99.

Selain itu, Luckin Coffee turut menawarkan barangan koleksi edisi terhad eksklusif Johor dengan pembelian dua minuman terpilih pada harga RM26.90 melalui aplikasi rasmi Luckin Coffee.

Tawaran ini tersedia di semua cawangan Luckin Coffee di Johor sementara stok masih ada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd